Jumaat, 14 Mac 2014

Azam

Dah tengah Mac, dan aku baru ada azam yang sebetul azam tahun ni.

Bahasa Melayu adalah subjek yang aku paling suka, sejak dulu dan sampai sekarang. Cuma, kerana aku ada sedikit (?) masalah dalam bahasa antarabangsa itu katanya, maka aku mula mengabaikan sekejap bahasa ibunda kesayangan neh.

Natijahnya, secara serius, kemahiran menulis/menaip menggunakan tatabahasa yang betul serta bahasa yang puitis (ata sesetengah lebih suka memanggilnya selaku bahasa bunga-bunga), sudah semakin sirna.

Andai terus diabaikan, mungkin akan makin pudar lantas hilang ditelan masa.

Dan sungguh, aku terkilan.

Menyesal pon ada, konon nak tingkatkan kemahiran berbahasa antarabangsa katanya, gigih menulis/menaip dalam bahasa tersebut, sampai terlupakan sesatunya kemahiran aku neh.

Selaku sorang yang tak punya banyak kemahiran, keupayaan memahami bahasa-bahasa ala-ala Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sesuatu yang berharga untuk aku.

Malangnya, dek kecuaian sendiri, ia bakal direnggut begitu saja. Hilang dalam kelam. Semacam lapar tapi tade nasik, atau sedang di jamuan makan-makan tapi dengan perut yang kenyang.

Tak selesa, dan tak suka.





P/S: Azam tahun baru, berbahasa Melayu.

Tiada ulasan: