Khamis, 13 Mac 2014

Gantung: A Review

Gantung by Nadia Khan


Awesome.

Buku ni adalah best. Dengan mengabaikan perangai-perangai dajal watak-watak novel ni, jalan ceritanya dan pembahagian bab demi bab sangat jelas.

Satu lagi buku yang layak dibaca dua kali. Kali pertama adalah bacaan biasa sambil cuba-cuba paham apakah bab demi bab neh dalam dimensi waktu yang sama serta apakah perkaitan antara watak demi watak, dan kali kedua, untuk paham semula yang mana ilusi dan yang mana kenyataan.

Yang paling menarik buku ni adalah hubungkait antara judul dan jalan cerita sepertinya takde. Tapi, plot berkembang berdasarkan peristiwa tersebut, meskipon penggerak utama plot, iaitu kejadian gantung tuh sendiri, langsung tak diperincikan.

Ia seolah watak tambahan/sampingan yang memainkan peranan lebih besar dari watak utama tuh sendiri.

Kesah empat sekawan yang menghargai dan mempertahankan nilai persahabatan dengan cara dorang sendiri - walopn cara tersebut jelas salah - dan cemana dorang tanpa banyak bunyik membelakangkan peraturan yang dorang sendiri cipta demi kebahagiaan salah sorang dari dorang.

Cuma, kehadiran sorang perempuan menjadi punca keretakan persahabatan dorang. Kenakalan 4 sekawan, dan ketaksuban sorang perempuan kepada salah sorang dari keempatnya, berakhir dengan kehilangan nyawa.

Dan kematian bukanlah penamat, di situ ia bermula.

Sorang demi sorang mula berubah. Dan tanpa empat sekawan sedari, masa jugak berubah. Keengganan menerima hakikat, dan kegagalan untuk mengiyakan kenyataan, adalah intipati Gantung.




P/S: Suka diingatkan, ini adalah buku FIXI, justeru, suka aku cadangkan, ini bukan bacaan pelajar SPM. 



Tiada ulasan: