Setelah sekian lama tak mengetuk papan kekunci komputer riba tetiba rasa terbejat otak nak menulis. Walhal time merempit pi balik keje melambak-lambak rasanya idea dalam kepala. Sekali bila duk bersila mengadap lappy (sambil terpaksa dengar siaran radio klasik encik beliau) terbang melayang sume modal nak bercerita.
Baiklah, mari bercerita tentang terpaksa kemaskini segala cerita di skrin tepon bimbit yang cinonit (walopon sebenarnya tak la kecik benau kalo bandingkan sesama spesies alat mudah alih tuh).
3 bulan, atau lebih, sume berkaitan usaha mengemaskini, review novel, komik etc. terpaksa menerusi taipan penuh hati-hati dan kurang selesa menggunakan tepon Lenovo yang saya baru beli lima nam bulan lepas (nak jugak cerita tepon baru). Alkesahnya proses perpindahan memang adalah agak kurang seronok dek di rumah sewa nan lama yang mana dikongsi bersama member bujang yang lain wujudnya perkhidmatan Unifi yang dikongsi guna dan bayar sesama (walau kadang kena bebel bila orang lain lupa tutup bila dah tamo guna muahahaha).
Sebaik menapak ke rumah baru yang masih tade pape perabot/peralatan asas sebuah rumah umpama telibisen besau, perkhidmatan tv berbayar yang andai tak amik maka takde guna ber-tv, mesin basuh yang boleh campak-campak je kain baju sume, peti ais untuk simpan segala sume, apatah lagi kemudahan internet sama ada yang percuma atau yang berbayar.
Justeru, pilihan untuk sorang yang dah terbiasa berinternet maka aku melanggan la plan data (?) 30 hengget sebulan untuk 1.5G.
Ya, mahal, dan kadang tak sempat 30 hari dah selamat cecah had. Maka perlu pulak langgan plan 50MB dengan harga seringgit tapi hanya selama 12 jam - pon kadang terlebih pakai sampai kena caj 10kb/10sen (lebih kurang la, yang pasti, menangis tak berair mata jugak bila cek baki~).
Jangan kata nak sambung aktiviti lagho donlod segala sume lagu-lagu, album baru, MV baru, variety show, layan youtube tanpa buffer, nak bukak blog dari laptop pon terpaksa pikir tiga pat kali demi memastikan hayat 1.5G boleh diguna pakai hingga hari ke-30.
Running Man...?
Berangan jelah. Satu fail cecah 2G, jangan kata nak download, nak klik KShow punya website pon tak mampu.
Gitu lah.
Hingga la tetengah aku jenuh berpikir-pikir macamana nak menyelesaikan sume masalah ni, tiba-tiba datang satu penyelesaian.
Alhamdulillah, baru hampir dua minggu, tapi lepas gian punya pasal, dalam masa satu hari aku bedal download RM tujuh lapan episod sekali harung. Haa ambik, sape suruh puasa donlod berbulan-bulan kan.
Sampai sini je mungkin entry pertama dari laptop lagi sekali (sambil dengar stesen radio klasik mana la ni encik beliauuuuuuuu cuba bukak lagu BTOB ke, VIXX ke, takpe jugak).
P/S: Banyaknya jemputan kenduri ni sume. Acane nak pi ye...
2 ulasan:
Bkn... pkai no celcom je..
Catat Ulasan