Sedang menikmati makan tengahari bersama beberapa teman sekerja sewaktu tiba-tiba selera terasa direnggut dengan topik yang sungguh aku anggap taboo.
Najis.
Tentang betapa kesian anak beliau yang baru berusia beberapa bulan (atau mungkin setahun) hadapi masalah sembelit hingga bila dibawa jumpa doktor kelihatan tinja berselirat memenuh kala bayi tersebut di-scan.
Andai tak berpikir panjang harus aku angkat kaki dan-dan tu jugak. Normalnya bila orang bercerita kita pasti tak lepas membayangkan sejenak barang apa yang dibicarakan. Justeru, sedang menggaul nasik berkuah kari ayam sambil mulut masih mengunyah menu yang sama, namun tetiba terbayangkan .... najis?
Atas nama common sense (baca : sesuatu tanpa peraturan bertulis atau verbal tapi mudah dihadam akal logik sama ada baik atau buruk), topik najis adalah topik taboo sewaktu sedang depani makanan.
Sifirnya mudah - makanan adalah sesuatu bersifat bersih dan rezeki, sedang najis adalah sebaliknya. Tapi memang ada segelintir yang gagal membezakan hal semudah ini.
Lalu aku suka untuk menyeru, walau anda sedang teruja untuk memperihalkan anak anda yang bermacam ulah, atau suami anda yang romantik serta rajin memasak, atau keluarga mentua yang gemar campur tangan hal rumah tangga, etc. etc., mohon memahami topik mana lebih selamat dan waktu mana ia lebih sesuai.
Katanya lulusan sarjana universiti tempatan terkemuka, justeru bertindaklah selaku sorang yang bertamadun.
P/S: Tu pasal aku lebih suka break sorang-sorang, paling-paling boleh makan sambil gayut tepon mak.
P/S/S: Sat lagi aku cite pasal laki plak karang kang kang kangggg...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan