Jumaat, 8 Ogos 2014

Mitos : A Review

MITOS adalah antara karya Ramlee Awang Mursyid aka RAM. Tulisan yang bukan bersifat novel rasmi, sebaliknya sebuah siri mingguan dalam sebuah akhbar.

Justeru untuk membandingkan mutunya dengan novel nukilan beliau yang sebelum-sebelumnya adalah kurang adil.

MITOS hanya berketebalan lebih kurang setengah dari novel biasa keluaran Alaf 21, dan font yang sedikit besar serta agak kurang menarik, tak lupa muka depan yang bertahap cetakan amatur. Dikeluarkan atas usaha kelab rasmi RAM, MITOS hanya dicetak sebanyak 1000unit dan dijual hanya menerusi online.

MITOS adalah berkenaan dua kumpulan manusia yang terkena sumpahan, satu adalah mangsa manakala lagi satu merupakan pemangsa. Mangsa keadaan, golongan manusia yang mampu merubah bentuk kepada harimau, nyatanya ditakuti lalu golongan ni selamanya dianggap perosak justeru kewujudan mereka tidak diiterima. Golongan kedua adalah pemangsa, juga mampu merubah bentuk kepada makhluk berkeupayaan luarbiasa yang punyai kekuatan ampuh untuk menundukkan manusia harimau.

Selepas perang terakhir yang meletus antara dua puak nih, sisa terakhir keturunan keduanya menyelit masuk ke komuniti manusia dan menyesuaikan diri adanya manusia biasa.

Konflik muncul bila keturunan pemangsa jatuh hati pada manusia harimau. Kekeliruan dan salah faham menyebabkan perang meletus lagi antara mereka.

Penghujung siri MITOS secara peribadinya jelas tergantung. Dan dengan berbesar hati aku harap encik penulis untuk memperincikan semula karya neh.

Alkesahnya, manusia harimau yang dikatakan berasal dari Jambi, bukanlah sekadar imaginasi si penulis. Sekurang-kurangnya ia bukan perkara baru.

Dalama siri tulisan Tamar Jalis ada mengatakan mereka yang berasal dari Jambi kebanyakannya menuntut ilmu yang membolehkan mereka merubah bentuk kepada harimau, atas alasab menjaga kemaslahatan keluarga.

Justeru, kisah manusia harimau dari Jambi, adalah sesuatu yang sepertinya memerlukan kupasan lebih terperinci.

Chewah, skema abes review neh.
Sekian.



Tiada ulasan: