Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni. Esok, lusa Aidilfitri akan menjengah tiba.
Tahun ni, tahun yang istimewa. Banyak yang tak sama, dan bukan sikit yang berubah. Sama ada ia di dalam jangkaan, atau langsung di luar sangkaan.
Apa pun, perancangan Pencipta tu sebaik perancangan, meski makhluk teristimewa pernah tercipta neh kadang bejat otak cuba mencerna hikmah di sebalik segala yang terjadi.
Tahun ni, dapat balik raya alhamdulillah. Dan balik kali ni, bukan selaku lone ranger seperti tahun-tahun sudah. Bukan jugak menumpang Arjuna atau sedara mara. Juga bukan membelah udara memotong perjalanan memenatkan dengan hanya sejam.
Tahun ni, semangat beraya sepertinya agak sirna, mungkin risau, mungkin jugak terlalu teruja hingga nikmat raya sedikit terpadam.
Cuma yang pasti, tahun begini hanya sekali. Takkan berulang lagi. Takkan terulang lagi, well, secara teorinya begitulah.
Dan begitu lah. Kisah ini dijedakan sementara. Hingga ruang dan masa menemukan laman ini semula.
Hingga itu, pada yang aku lukakan perasaan, sama ada aku sedar atau tidak, mohon maafkan.
Memaafkan itu kesudahannya manis, meski melakukannya umpama taburan garam di atas belahan luka - pedih, perit, dan menyakitkan.
Selamat menyambut lebaran. Aidilfitri perlu diraikan, walau di mana saja kita berada, sama ada tahun ni harus bekerja atau bernasib baik bercuti bersama keluarga.
P/S: Raya is really around the corner.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan