Jumaat, 11 Julai 2014

Demam

Ayah tak makan ayam. Walau macamana cara masakan, goreng, gulai, bakar, hatta KFC.

Tapi satu hari beliau demam. Beliau jarang sakit, justeru bila demam sikit beliau akan meracau nak makan macam-macam.

Selalunya abang akan kena pegi beli mee berkuah kat satu tempat ni. Dan malam tu kitorang akan makan mewah, sebab kadang-kadang ayah nak makan sate sekali.

Cuma ada sekali, demam ayah tak kebah-kebah. Dan beliau mintak sesuatu yang membuatkan kitorang pandang muka masing-masing berkali-kali.

Ayah mintak ayam goreng.

Dan makan dengan seleranya.

Tak lama kemudian demam ayah beransur pulih. Dan ayah mula boleh makan ayam lepas tu, walaupon ayam tetap bukan dalam list kesukaannya sangat. Tapi sekurang-kurangnya ayah dah tak lancarkan mogok ayam lagi.

Dan... bapak borek anak rintik. Perkara yang lebih kurang sama terjadi pada aku.

Masa Form 4 ada sorang ustaz ni jual yogurt. Air yogurt yang dia buat sendiri. Ada banyak perisa, sume sesedap dan dahla harganya murah ustaz plak rajin melebihkan kuantiti atas nama sedeqah.

Ia jadi fenomena dan kegilaan satu sekolah.

Kecuali aku. Sebab aku tak suka yogurt, sama macam aku tak suka susu atau soya.

Memember sume sangat tak paham kenapa aku tak suka. Siap sanggup belanja supaya aku dapat rasa keenakan yogurt tersebut, malangnya ketulusan niat dorang terpaksa aku tolak mentah-mentah. Mau aku muntah kalau paksa telan kot.

Tapi satu hari aku demam teruk. Mungkin demam exam, waktu tu tengah musim exam. Dan satu hari tatkala badan masih lemah aku tetiba craving air yogurt strawberi ustaz.

Rasa masam manis yang bersatu sejak sisipan pertama menyebabkan aku jatuh suka. Dan sampai sekarang aku hanya minum/makan yogurt strawberi je. Err.. kadang-kadang try jugak yang lain tapi still tak bape ngam.

Respon kekawan aku waktu tu jangan ditanya, masing-masing ternganga sampai dagu nyaris cecah lantai.

Demam.

Kadang sakit yang singgah, bukan saja menghapuskan dosa-dosa kecik, malah menghadiahkan satu nikmat lain yang tersembunyi.




P/S: Tapi aku dah lama tak demam. Wheee alhamdulillah.

Tiada ulasan: