Rabu, 29 Jun 2011

Stage : Crawling

Lately....

Trasa sangat penat, tak larat, berkejar-kejar ngan masa, dan takde mood.

Takde passionate nak wat pape.

Keje yang sebelumnya aku suka, terasa sangat membebankan. Sambil lewa je keje. Bangun pagi dah bayangkan keje habis.

Confident yang salunya sentiasa ada, tatau mana pegi. Nak carik-carik, bukan la cam carik anak cacing dalam tanah.

Life macam sangat messy.

Asyik buat orang lain upset.

Asyik tangguhkan keje.

Saying YES when it should be NO.

Huh, gejala tension ke neh?
Tapi, kalau nak tensen sekalipon, atas dasar apa?

Gaduh?
Takde, takde. Takde gaduh ngan sesape.

Break off?
Takde, takde. Mana de, ok-ok je.

Jeles?
Huh, jeles ke?
Tapi dengan sape? Dengan apa?
Jeles untuk sesuatu yang memang tak penah dimiliki tu ke?
Macam too immature je.

Somebody, tell me what should i do.

Perlu ke jalan-jalan lepak tepi tasik ngan Samsy?
Baring-baring tatap dada langit.
Bersila tenung air.

Hoh, bertabah jela.
Stage neh memang sangat menyeksakan.

Aigoo...


P/S : Esfie.

Ahad, 26 Jun 2011

SS501 : HyunSaeng



Kim Hyun Joong & Heo Young Saeng - Special Stage
cr : CrazyCarrot370

Rindu sungguh kat dorang neh. Even masih kekalkan nama SS501 tuh kat nama dorang, tapi tatau sama ada dorang masih boleh perform sesama berlima atas nama satu grup atau tak.

YS dah makin kurus, dah tak chubby dah pipi beliau.
HJ lak makin hot. Haihhhh....

Masing-masing dah bergerak solo.

Dan bila dorang solo, ke-best-an dorang dah kurang.
Sebab dorang sangat superb as a group.

Tapi perf neh at least membuktikan dorang still leh perf atas stage yang sama sesama.

Tapi saya demand nak lelima..................

Dabel S dear, sila kambek cepat skey bley? ^^

Sabtu, 25 Jun 2011

Kisah Opis : Access Card

Hoh, cam nak nangis je sampai opis arinih. Sampai je pintu kunci. Apakahhh...

Walopon memang dah dimaklumkan, on weekend memang pintu main akan dikunci, nak masuk kena lalu pintu kat pantry, dan nak lalu kena la ada access card. Memandangkan aku neh newbie, jangan kata access card, tikus pon aku takde.

Justeru memang mengharapkan senior yang mana sudi la tolong bukakkan pintu.

Bila lunch time, huh, cane nak wat, terpaksa gi cari TL jugak sebab nak mintak tolong bukakkan pintu. Nak pinjam access card senior, tapi cam tak mungkin la jugak, mendalah tuh cam tak boleh dibawak pinjam je.

Dah tak pasal-pasal TL bagi nomo tipon suh tipon dia tolong bukakkan pintu lepas dah habis lunch. Dah rasa cam skolah asrama bertingkat-tingkat plak. Haihhh...

Tapi nasib baik la, bila naik opis balik, ada renovation ngah dijalankan, jadi ada satu pintu dibukak. Jadi takde la aku bersusah payah menelepon TL semata-mata nak mintak bukakkan pintu.


P/S : Sekarang gak rasa nak order access card pat belas~!

Isnin, 20 Jun 2011

@KLIA~

Sabtu, seharian kat Kuala Lumpur International Airport atau lebih dikenali sebagai KLIA.

Bertujuankan hantar member yang bakal ke Denmark untuk summer course atau jugak dikenali sebagai short course selama 3 minggu.

Untuk kali pertama rasa penat berada kat luar kira-kira 15 jam. Huh, walhal selama neh biasa-biasa je.

Sebetulnya menemankan cik Lean yang merupakan antara 20 orang pelajar postgraduate UTM Skudai yang terpilih ke Denmark sana untuk summer course tu. Lebih tepatnya pulak, aku asalnya temani cik Pija yang gigih dari Tampoi ke KL semata tujuan tuh.

Berkebetulan plak, salah sorang member Pija berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah pad tarikh sama, bezanya Lean punya flight pukul 2055 manakala member Pija pada 0930.

Jadi, seawal 0800 bertolak ke KL Sentral, amik ERL jam 0840 tapi dah kul 0900++ baru reti bertolak, maka kitorang tak sempat jumpa member Pija tuh. Maka, untuk habiskan masa sementara menunggu jumpa Lean, kitorang kembali ke Putrajaya Sentral dan amik keputusan ke Alamanda.

Sempat main bowling sesama, jejalan, sesembang tetentunya sampai la menjelang 1400 amik bas NadiKota no 300 bertambangkan 50 sen ke Putrajaya Sentral semula. Dari sana amik ERL balik ke KLIA.

Posing sementara menunggu giliran Lean timbang luggage.


Lepak kat situh sampai Lean masuk balai berlepas. Maghrib pon kat situ je, kendian baru la balik Kl Sentral, makan malam dan balik.

Point paling best sepanjang dekat 15 jam jalan-jalan-jalan dan jalan neh, ada baaaaaaaaanyak scene menarik terakam. Maklumla nih kali pertama jumpa balik member-member neh sume lepas konvo. Masing-masing dah mula berkerjaya dan dalam proses nak membina keluarga. ^^ ~

Malamnya sambung sembang sampai 0200. Esoknya Pija dah pon bertolak balik, dan tatau lagik la bila lagi leh jumpa.


P/S : Seharian cakap loghat sendirik, bila start keje nyaris lupa cane nak cakap standard balik, hush~

Rabu, 15 Jun 2011

Belajar Lagi

Proses belajar untuk jadi yang expert - penat dan memenatkan.

Semacam proses bayi - meniarap, merangkak, jalan-jatuh, baru lah berlari.

Kini dalam proses meniarap. Kadang hampir kelemasan gagal menghirup udara apabila kepala terbenam di muka bumi. Gagal panggungkan kepala tegak ke depan dek kudrat yang belum ada.

Uff~

Dek kepenatan, usai proses meniarap-merangkak, sengaja panjangkan langkah ke mana-mana. Tak kesah la meski hanya berjalan-jalan sambil menyisip segelas air kelapa, asalkan boleh larikan diri sekejap dari tuntutan demi tuntutan.

cr : Google


Terpaksa la bertabah hati. Tak sabar mau berlari, atau sekurang-kurangnya tahu bagaimana mau berdiri sendiri.


P/S : Esok mau tidur~!

Isnin, 13 Jun 2011

Jajan & Cekedis

Bila tensen mendatang, atau masa tengah bersenang-senang, kudap-kudapan atau cekedis tuh perlu ada.




Zaman kekecik dulu suka sangat cekedis durian, satu plastik kecik tuh harga 30sen. Kira agak berbaloi la sebab banyak jugak isinya, dan rasanya pon sedap. Terasa la duriannya. Dan lagik, suka super ring, tapi takleh makan sangat, sang bapak marah oo..




Lagik, mamee. Tapi Mamee nih zaman-zaman duit ramai je, duit tak ramai makan cekedis seposen je~

Bila zaman-zaman skol menengah stop jap mengketangkedarah mendalah neh, stop sekejap. Kononnya tak macho la makan cekedis-cekedis tuh sume.

Tapi start balik masa F3, sebab terjumpa Twisties besar yang nampak sangat menyelerakan.




Bila dah keje, dapat duit tiap-tiap bulan, makin menjadik-jadik lak tradisi beli jajan. Kononnya makan masa-masa teringin mengunyah. Alasan nak makan 24 jam~Haha~


*all pics cr to Google~

P/S : Pikir pasal makan satu terapi~ Wuhuuu~

Ahad, 12 Jun 2011

U-Kiss @ Malaysia

The last weekend.

Minggu depan dh start shift dan off dah start bukan on weekend, wuhoo~

Tapi dah sebulan lebih duk off weekend neh cam ngade lak nak off weekend jugak, wehehe.

Sempena last weekend, malam Sabtu gi tengok U-Kiss kat Pavillion. Gempak la dorangnyer performance.

Aku bukan la Kiss-Me, tapi boleh la layan group neh since lagu dorang not bad la, sesedap jugak. Tapi aku takde la kenal mana ngan dorang, takat kenal main vocal dia, magnae yang comel, dan sorang dua lagik la.

Tapi dah hosmet ajak, ikut je la.

Dan, memang berbaloi la.

Selaku yang datang lambat, maka memang sah la takde ruang lagik nak mencelah dalam lautan manusia yang menghadap ke stage, maka aku join dorang yang gigih ke tingkat atas aka dari Restoran Al-Amar.

View dari atas, nampak la keseluruhan perf dorang. Memang superb la. Sangat enjoy walopon sah-sah la tak nampak muka bagai, tapi fan service dorang memang tip top. Tambah lak U-Kiss neh leh cakap omputih, maka takde la nak ber-translator bagai. Boleh direct je cakap ngan fans.

Esoknya lak, U-Kiss jadik undangan untuk satu program live, amenda tah nama dia, lupa.

Kebetulan dapat ticket free, maka gigih lagi la ke Stadium Negara.

Sangat seronok~

Pandangan dari Cik Samsy cikai neh, dah habeh zoom dah tuh~Haha


U-Kiss nyer cover untuk Brand New Kiss album~
cr : Google


P/S : Ada sesape tau mendonlod pakai torrent?

Jumaat, 10 Jun 2011

Engineer or Doctor?

Engineer or Doctor?

Which means, son or daughter.

Hoh, caption dari 3 Idiots di mana fokus pada masyarakat sama ada miskin atau kaya yang meletakkan harapan super besar pada anak yang masih dalam kandungan.

Perkataan engineer dan doctor menggantikan anak lelaki atau perempuan. Menentukan masa depan sebelum bayi menangis buat pertama kalinya.

Mungkin cerita neh ditonton pada waktu yang sesuai - usai tamat pelajaran dan dalam proses ke alam pekerjaan yang bakal dilalui dalam jangka masa yang panjang.

Pelajar kejuruteraan yang mati menggantung diri kerana terpaksa melanjutkan tempoh pengajian dek rayuan untuk memanjangkan tempoh matang serahan projek akhir ditolak mementah.

Pelajar dari asas yang sama terjun dari keretapi mengelak dari mengambil peperiksaan kemasukan kolej risaukan kegagalan yang pastinya mengundang amarah keluarga yang amat sangat mahukan kejayaan tanpa sebarang tolak ansur.

Scene yang paling terkesan secara peribadinya, apabila sorang pelajar juga dari course yang sama - memandangkan kisah neh memang fokus pada bidang neh saja, pelajar tuh digantung kerana kelakuan kurang berdisiplin, penggantungan tuh saat-saat akhir sebelum ambik peperiksaan akhir.

Gagal kendalikan tekanan yang disebabkan banyak perkara, pelajar tersebut terjun dari tingkat tiga, koma, dan bernasib baik untuk sembuh walaupun takla sesempurna sebelum tuh.

Hoh, scene yang aku maksudkan, parents pelajar tuh mula sedar dan mula bagi sokongan instead of membebel sepanjang masa. Pelajar tuh sendiri mula paham bahawasanya cemerlang bukan semata memorizing every single line notes, tapi apa maknanya hidup tuh sendirik.

Instead of saying yes untuk every single T&C masa interview, dia memilih untuk berterus terang tentang pendapatnya. Dan kejujuran tuh walaupun secara teorinya menyukarkan laluan untuk perolehi sebarang jawatan, tapi kerana interviewer itu juga sorang manusia yang punya pertimbangan, maka the rest is history.

Opkos la happy ending story. Nama pun cerita Hindi.

Dah lama cerita neh dalam lappy, tapi baru berkesempatan nak layan. Dan, beyond expectation. Haha~

Cerita tentang life.

Sesapa yang di peringkat mencari erti hidup, dalam erti kata baru cuba-cuba berjinak dengan alam pekerjaan dan sedang cuba pahami kenapa sebelum neh habiskan masa bertahun dapatkan ijazah, diploma ect untuk masa depan yang kelam, pekata cuba layan movie neh.

Takla bermoral mana, tapi sekadar mau bawa diri lebih paham tentang apa tuh life, boleh la.

cr : google

Cast: Aamir Khan,Kareena Kapoor,Sharman Joshi,R

Nak layan online try le selak-selak kat sinih.


P/S : Citer camneh pon ada scene mengharukan, haip~

Rabu, 8 Jun 2011

Arjuna : is Married

Selamat sudah Arjuna disatukan ngan Ratnanya hampir seminggu lepas. Majlis serba simple sama ada di pihak perempuan mahupun di sebelah Arjuna sendirik.

Pengantin baru yang disiapkan oleh pengantin tahun lepas yang baru saja bergelar abi.

Kata Arjuna, perkahwinan adalah peak atau kemuncak plot kehidupan sesorang.
Heh, ayat mereka yang kepenatan mengejar cinta gamaknya, yang akhirnya temui titik yang rupanya tak la se-complicated dijangka.

Kenyataan yang lebih mudah, tapi payah terjangkau dek akal.

Kata aku, Arjuna, bukan sume mimpi tuh lagi best dari hakiki.

Bersama sesatunya parents memandangkan Ratna adalah si yatim piatu.

Sejurus rombongan pihak lelaki beransur pulang, kakak si Ratna rebah pengsan. Hilang kudrat tulang empat kerat demi majlis si adik.

Tragik. Tapi alhamdulillah takde pape yang membimbangkan. Bahana exhausted.

Bilik pengantin belah lelaki, hasil berjaga hingga 0330.

Hampir menangis siapkan bilik pengantin, hantaran balas, cenderamata etc. Payah jugak nak dapat famili member baru neh. *Sigh~

Sakan posing orang baru kawen neh, laga dahi la, pipi la. Pastu sebok senyum malu-malu merpati. Haih~

Perkara tak best di majlis kawen famili sendirik neh?

Tu ha, tukang amik gambar berbayar tuh.

Professional Photoghrapher yang mana tujuan utamanya untuk merakam detik-detik berbahagia setiap pasangan kawen dengan cara paling berkualiti.

Tak dinafikan, memang le bagus untuk deme yang kawen.

Tapi, certain jurukamera atau jurugambar neh, menjengkelkan.

Selalunya orang camnih paham bahawasanya sedara mara pun nak amik gambar, dan akan bagi laluan sekejap. Ala, bukan pat jam pon. Tapi sesetengahnya buat tak paham dan anggap sedara mara yang ada tuh sebagai objek penghalang kerjanya.

Photographer yang ada neh, dia semacam memprotes dalam senyap. Bila sedara mara amik gambar beliau tetap bagi ruang, tapi cara dan gayanya seolah meminta sedara mara sila beredar dalam kadar setengah saat.

Dan ini bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, tapi secara tak langsung terasa cam nak senjaga berlama-lama depan pengantin tamo kasik beliau amik gambar. Huh.

Gaya sang professional.

Kata teman si Arjuna, Selamat datang ke dunia fantasi~

Buat Arjuna, jangan terlalu ralit dengan ilusi sampai terlupakan tampang dalam pegangan.
Semalam dah berlalu.
Hari ini dia bersama anda dalam ikatan tuntutan agama & penuh adat.
Esok, jangan sampai terabai dek lalai dengan bayang kala siang.

Huh, panjang pesanan penaja~!



P/S : Balas Arjuna pada sang teman, seronok jugak kawen neh~!

Khamis, 2 Jun 2011

Single to Double~~

Kurang 24 jam saja lagik Arjuna akan menamatkan zaman singlenya.

Mode : Aku yang nebes, haip.


Lambat kan tayang kad? Heh. Saja je. Bukan kad aku, justeru nak ajak ramai-ramai cam tak best plak.

Justeru hanya ajak 5 orang kawan saja, 3 member sekolah menengah, dan 2 senior universiti.


P/ S : Wife Arjuna, Sri Dewi kah?