Engineer or Doctor?
Which means, son or daughter.
Hoh, caption dari 3 Idiots di mana fokus pada masyarakat sama ada miskin atau kaya yang meletakkan harapan super besar pada anak yang masih dalam kandungan.
Perkataan engineer dan doctor menggantikan anak lelaki atau perempuan. Menentukan masa depan sebelum bayi menangis buat pertama kalinya.
Mungkin cerita neh ditonton pada waktu yang sesuai - usai tamat pelajaran dan dalam proses ke alam pekerjaan yang bakal dilalui dalam jangka masa yang panjang.
Pelajar kejuruteraan yang mati menggantung diri kerana terpaksa melanjutkan tempoh pengajian dek rayuan untuk memanjangkan tempoh matang serahan projek akhir ditolak mementah.
Pelajar dari asas yang sama terjun dari keretapi mengelak dari mengambil peperiksaan kemasukan kolej risaukan kegagalan yang pastinya mengundang amarah keluarga yang amat sangat mahukan kejayaan tanpa sebarang tolak ansur.
Scene yang paling terkesan secara peribadinya, apabila sorang pelajar juga dari course yang sama - memandangkan kisah neh memang fokus pada bidang neh saja, pelajar tuh digantung kerana kelakuan kurang berdisiplin, penggantungan tuh saat-saat akhir sebelum ambik peperiksaan akhir.
Gagal kendalikan tekanan yang disebabkan banyak perkara, pelajar tersebut terjun dari tingkat tiga, koma, dan bernasib baik untuk sembuh walaupun takla sesempurna sebelum tuh.
Hoh, scene yang aku maksudkan, parents pelajar tuh mula sedar dan mula bagi sokongan instead of membebel sepanjang masa. Pelajar tuh sendiri mula paham bahawasanya cemerlang bukan semata memorizing every single line notes, tapi apa maknanya hidup tuh sendirik.
Instead of saying yes untuk every single T&C masa interview, dia memilih untuk berterus terang tentang pendapatnya. Dan kejujuran tuh walaupun secara teorinya menyukarkan laluan untuk perolehi sebarang jawatan, tapi kerana interviewer itu juga sorang manusia yang punya pertimbangan, maka the rest is history.
Opkos la happy ending story. Nama pun cerita Hindi.
Dah lama cerita neh dalam lappy, tapi baru berkesempatan nak layan. Dan, beyond expectation. Haha~
Cerita tentang life.
Sesapa yang di peringkat mencari erti hidup, dalam erti kata baru cuba-cuba berjinak dengan alam pekerjaan dan sedang cuba pahami kenapa sebelum neh habiskan masa bertahun dapatkan ijazah, diploma ect untuk masa depan yang kelam, pekata cuba layan movie neh.
Takla bermoral mana, tapi sekadar mau bawa diri lebih paham tentang apa tuh life, boleh la.
cr : google
Cast: Aamir Khan,Kareena Kapoor,Sharman Joshi,R
Nak layan online try le selak-selak kat sinih.
P/S : Citer camneh pon ada scene mengharukan, haip~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan