Isnin, 20 Jun 2011

@KLIA~

Sabtu, seharian kat Kuala Lumpur International Airport atau lebih dikenali sebagai KLIA.

Bertujuankan hantar member yang bakal ke Denmark untuk summer course atau jugak dikenali sebagai short course selama 3 minggu.

Untuk kali pertama rasa penat berada kat luar kira-kira 15 jam. Huh, walhal selama neh biasa-biasa je.

Sebetulnya menemankan cik Lean yang merupakan antara 20 orang pelajar postgraduate UTM Skudai yang terpilih ke Denmark sana untuk summer course tu. Lebih tepatnya pulak, aku asalnya temani cik Pija yang gigih dari Tampoi ke KL semata tujuan tuh.

Berkebetulan plak, salah sorang member Pija berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah pad tarikh sama, bezanya Lean punya flight pukul 2055 manakala member Pija pada 0930.

Jadi, seawal 0800 bertolak ke KL Sentral, amik ERL jam 0840 tapi dah kul 0900++ baru reti bertolak, maka kitorang tak sempat jumpa member Pija tuh. Maka, untuk habiskan masa sementara menunggu jumpa Lean, kitorang kembali ke Putrajaya Sentral dan amik keputusan ke Alamanda.

Sempat main bowling sesama, jejalan, sesembang tetentunya sampai la menjelang 1400 amik bas NadiKota no 300 bertambangkan 50 sen ke Putrajaya Sentral semula. Dari sana amik ERL balik ke KLIA.

Posing sementara menunggu giliran Lean timbang luggage.


Lepak kat situh sampai Lean masuk balai berlepas. Maghrib pon kat situ je, kendian baru la balik Kl Sentral, makan malam dan balik.

Point paling best sepanjang dekat 15 jam jalan-jalan-jalan dan jalan neh, ada baaaaaaaaanyak scene menarik terakam. Maklumla nih kali pertama jumpa balik member-member neh sume lepas konvo. Masing-masing dah mula berkerjaya dan dalam proses nak membina keluarga. ^^ ~

Malamnya sambung sembang sampai 0200. Esoknya Pija dah pon bertolak balik, dan tatau lagik la bila lagi leh jumpa.


P/S : Seharian cakap loghat sendirik, bila start keje nyaris lupa cane nak cakap standard balik, hush~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah kerja bukan senang nk jumpa balik

nmEsfie berkata...

tu la pasal.... ssh ooo...