Selamat sudah Arjuna disatukan ngan Ratnanya hampir seminggu lepas. Majlis serba simple sama ada di pihak perempuan mahupun di sebelah Arjuna sendirik.
Pengantin baru yang disiapkan oleh pengantin tahun lepas yang baru saja bergelar abi.
Kata Arjuna, perkahwinan adalah peak atau kemuncak plot kehidupan sesorang.
Heh, ayat mereka yang kepenatan mengejar cinta gamaknya, yang akhirnya temui titik yang rupanya tak la se-complicated dijangka.
Kenyataan yang lebih mudah, tapi payah terjangkau dek akal.
Kata aku, Arjuna, bukan sume mimpi tuh lagi best dari hakiki.
Bersama sesatunya parents memandangkan Ratna adalah si yatim piatu.
Sejurus rombongan pihak lelaki beransur pulang, kakak si Ratna rebah pengsan. Hilang kudrat tulang empat kerat demi majlis si adik.
Tragik. Tapi alhamdulillah takde pape yang membimbangkan. Bahana exhausted.
Bilik pengantin belah lelaki, hasil berjaga hingga 0330.
Hampir menangis siapkan bilik pengantin, hantaran balas, cenderamata etc. Payah jugak nak dapat famili member baru neh. *Sigh~
Sakan posing orang baru kawen neh, laga dahi la, pipi la. Pastu sebok senyum malu-malu merpati. Haih~
Perkara tak best di majlis kawen famili sendirik neh?
Tu ha, tukang amik gambar berbayar tuh.
Professional Photoghrapher yang mana tujuan utamanya untuk merakam detik-detik berbahagia setiap pasangan kawen dengan cara paling berkualiti.
Tak dinafikan, memang le bagus untuk deme yang kawen.
Tapi, certain jurukamera atau jurugambar neh, menjengkelkan.
Selalunya orang camnih paham bahawasanya sedara mara pun nak amik gambar, dan akan bagi laluan sekejap. Ala, bukan pat jam pon. Tapi sesetengahnya buat tak paham dan anggap sedara mara yang ada tuh sebagai objek penghalang kerjanya.
Photographer yang ada neh, dia semacam memprotes dalam senyap. Bila sedara mara amik gambar beliau tetap bagi ruang, tapi cara dan gayanya seolah meminta sedara mara sila beredar dalam kadar setengah saat.
Dan ini bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, tapi secara tak langsung terasa cam nak senjaga berlama-lama depan pengantin tamo kasik beliau amik gambar. Huh.
Gaya sang professional.
Kata teman si Arjuna, Selamat datang ke dunia fantasi~
Buat Arjuna, jangan terlalu ralit dengan ilusi sampai terlupakan tampang dalam pegangan.
Semalam dah berlalu.
Hari ini dia bersama anda dalam ikatan tuntutan agama & penuh adat.
Esok, jangan sampai terabai dek lalai dengan bayang kala siang.
Huh, panjang pesanan penaja~!
P/S : Balas Arjuna pada sang teman, seronok jugak kawen neh~!
2 ulasan:
kadang2 dah bergelar pro ni... ada ego n lagak sikit
tu yg aku nyampahh tuh~
Catat Ulasan