Jumaat, 25 Mei 2012

There's a Girl.

There's a girl.

Nampak normal macam orang lain. Pakai baju labuh atas lutut belah kiri kanan. Tudung bawal style baru two-tone dengan manik-manik kilau atas kepala. Seluar panjang kaler hitam. Sandal santai kaler coklat gelap.

Dah keje beberapa tahun, dah ada banyak pengalaman & sangat cool time handle memacam customer. [kagum di situ~]

Sorang senior tentunya.

Cuma yang agak membengongkan pasal beliau adalah sikap beliau yang tak terjangka.

Beliau bukan la pendiam tapi takla ke tahap becok. Kadang bersembang jugak pasal memenda lagho selain pasal keje. Kadang ada jugak time beliau tergelak ketawa time bersembang waktu ada senggang tade customer.

Selaku senior, kadang beliau sangat membantu. Waktu aku si junior yang kekurangan access beberapa waktu dulu beliau banyak jugak menolong. Cuma, kekadang beliau sangat willing untuk menolong, tapi kekadang, beliau menolong tapi dengan cara yang semacam terpaksa.

Di waktu senggang yang jarang kedapatan, ada ketika beliau hanya diamkan diri & komited pada keje, menatap pc langsung tak toleh kiri kanan, tapi kadang akan tetibe ajak bersembang tentang macam-macam.

Tapi terkadang, beliau melayan certain orang semacam halimunan. Dan berbeza plak pada sorang yang lain.

Justeru keadaan tuh kekadang akan mendatangkan ketakselesaan yang sungguh tak menyeronokkan.

Pendekkan cerita, beliau adalah sorang yang unexpected. Macam jalan raya, tatau bila masa akan lengang & bilamasa akan jammed.

Selaku sorang yang akan sentiasa dekat dengan beliau, ke-unexpected-an beliau sikit sebanyak menimbulkan rasa skeri time bekerja.


There's a girl.
Sorang senior yang harapnya satu hari aku boleh paham beliau sorang yang macamana.


P/S: There's a girl. Yang akan ketemu lagi esok.

Ahad, 20 Mei 2012

Kangkudang Goreng

Masakan paling senang oleh sorang yang tak reti memasak.

Bahan-bahan:

Kangkung
Udang
Bawang putih
Kunyit (serbuk/kunyit hidup)
Cili padi
Garam

Cara-cara:

Bawang putih & cili padi ditumbuk manual, dicampur serbuk kunyit (duk kat bandar kotaibukota senang pakai serbuk jeh ^^) & garam, gaul rata-rata.

Udang yang siap disiang, kalo bersaiz besar sangat potong dua, kendian gaul & perap dengan bahan yang ditumbuk tadi dalam soploh menet.

Siang kangkung.

Panaskan kuali. [Jangan lupa taruk minyak secukup rasa]

Masukkan udang, kasik masak sket pastuh campak kangkung. Goreng dua tiga menet, siappp~!


Sesi bergambar:

Udang yang diperap. Nampak tak menyelerakan kan?


Kangkung - seikat rm0.69 kat Carrefour


Siap. Kualiti gambar 2MP.


Close-up.


Gambar diambik menggunakan tipon CapSingaLaut 2MP.


Masakan yang menjimatkan tenaga sebab ada lauk & sayur dalam satu hidangan. Juga menjimatkan tenaga untuk membasuh pinggan mangkuk selepas makan.

Sekian sesi masak.


P/S: Aku yang hanya makan sayur spesies kangkung. Peace!

Sabtu, 19 Mei 2012

Beza yang tak Sama

Ada beza ke tak? Ofkos la ada.

Selama nih kucing adik anda dipanggil si ketot, dan sentiasa memanggilnya si ketot. Tiba-tiba suatu hari anda memanggilnya sebagai si kucing saja, tentu la yang biasa mendengar jadi keliru.

Dan saat diminta penjelasan anda segera melenting sambil melengking tentulah yang bertanya terdiam termati kata.

Anda mungkin dihenyak penat & semak dengan pertanyaan, noted.

Yang bertanya pula rasanya perlu belajar stay away from anything yang kelihatan tak berkenaan dengan diri.

Cuma, mungkinkah respon sebegitu hanya terjadi kerana yang terlibat tuh sorang penambahan?
Eksperimentasi, perlukah sekali lagi?


P/S: Waktu satu masa rasa ini hilang, apakah nilai entry neh kala tuh?

Misyu~


Saya rindu yokgaejang~ T____T


P/S : Nak yokgaejang~! Selasa depan off, yokgaejang im cominggggg~

Khamis, 3 Mei 2012

28th April 2012

Tarikh perhimpunan BERSIH 3.0 & tarikh aku balik kampung.

Kalo ikut perancangan asal patutnya malam 27th tuh dah selamat dalam perjalanan ke kampung, tapi dek beli tiket last minute - tiket abes. Sesatunya tiket yang available adalah perjalanan pukul 12 tengahari 28th.

Justeru, bergerak dari rumah ke Hentian Putra dalam pukul 10am lebih, terkujat jugak LRT aliran Kelana Jaya-Gombak dipenuhi kaum Cina. Muda-muda sumenya, mungkin dalam awal 20-an. Hingar dalam LRT dengan perbualan dalam bahasa dorang. Turun di KL Sentral naik plak komuter menghala ke Putra.

Pon, dipenuhi umat manusia.

Sampaikan coach for ladies only katanya tuh penuh sampai ke pintu. Di dalamnya hampir seimbang kaum Cina & Melayu.

Dari dalam komuter kelihatan sebahagian peserta perhimpunan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka(?). Dan dalam jarak beberapa meter di hadapan dorang sepasukan polis/anggota keselamatan berpakaian serba hitam berbaris melintang jalanraya.

"Jalan kaki pon mahu sekat, jalan mana lagi mau pakai? Kita pakat jalan ramai-ramai atas landasan kereta api meh," komen salah sorang aunty Chinese yang aku percaya salah sorang peserta perhimpunan berdasarkan t-shirt kuningnya.

Gerabak komuter serta merta kosong & lapang di stesen Kuala Lumpur di mana sume peserta perhimpunan turun. Seyes sungguh ramai dorang. Dan ada sorang minah saleh terpinga-pinga melihat begitu ramai manusia - rata-rata berpakaian warna kuning/oren/hijau.

Perjalanan dari KL Sentral - Putra yang selalunya hanya 10 minit, hari tuh hampir setengah jam. Besar kemungkinan sebab berhenti lebih lama dari biasa di kebanyakan stesen.

Melihat begitu ramai peserta join perhimpunan tuh menimbulkan sedikit rasa scary.

Dan jalanraya, clear sungguh.



P/S: Makin jauh tinggalkan KL, makin selamat rasanya. Feeling pelarian pulak rasanya. Haip