Jumaat, 25 Mei 2012

There's a Girl.

There's a girl.

Nampak normal macam orang lain. Pakai baju labuh atas lutut belah kiri kanan. Tudung bawal style baru two-tone dengan manik-manik kilau atas kepala. Seluar panjang kaler hitam. Sandal santai kaler coklat gelap.

Dah keje beberapa tahun, dah ada banyak pengalaman & sangat cool time handle memacam customer. [kagum di situ~]

Sorang senior tentunya.

Cuma yang agak membengongkan pasal beliau adalah sikap beliau yang tak terjangka.

Beliau bukan la pendiam tapi takla ke tahap becok. Kadang bersembang jugak pasal memenda lagho selain pasal keje. Kadang ada jugak time beliau tergelak ketawa time bersembang waktu ada senggang tade customer.

Selaku senior, kadang beliau sangat membantu. Waktu aku si junior yang kekurangan access beberapa waktu dulu beliau banyak jugak menolong. Cuma, kekadang beliau sangat willing untuk menolong, tapi kekadang, beliau menolong tapi dengan cara yang semacam terpaksa.

Di waktu senggang yang jarang kedapatan, ada ketika beliau hanya diamkan diri & komited pada keje, menatap pc langsung tak toleh kiri kanan, tapi kadang akan tetibe ajak bersembang tentang macam-macam.

Tapi terkadang, beliau melayan certain orang semacam halimunan. Dan berbeza plak pada sorang yang lain.

Justeru keadaan tuh kekadang akan mendatangkan ketakselesaan yang sungguh tak menyeronokkan.

Pendekkan cerita, beliau adalah sorang yang unexpected. Macam jalan raya, tatau bila masa akan lengang & bilamasa akan jammed.

Selaku sorang yang akan sentiasa dekat dengan beliau, ke-unexpected-an beliau sikit sebanyak menimbulkan rasa skeri time bekerja.


There's a girl.
Sorang senior yang harapnya satu hari aku boleh paham beliau sorang yang macamana.


P/S: There's a girl. Yang akan ketemu lagi esok.

Tiada ulasan: