Tarikh perhimpunan BERSIH 3.0 & tarikh aku balik kampung.
Kalo ikut perancangan asal patutnya malam 27th tuh dah selamat dalam perjalanan ke kampung, tapi dek beli tiket last minute - tiket abes. Sesatunya tiket yang available adalah perjalanan pukul 12 tengahari 28th.
Justeru, bergerak dari rumah ke Hentian Putra dalam pukul 10am lebih, terkujat jugak LRT aliran Kelana Jaya-Gombak dipenuhi kaum Cina. Muda-muda sumenya, mungkin dalam awal 20-an. Hingar dalam LRT dengan perbualan dalam bahasa dorang. Turun di KL Sentral naik plak komuter menghala ke Putra.
Pon, dipenuhi umat manusia.
Sampaikan coach for ladies only katanya tuh penuh sampai ke pintu. Di dalamnya hampir seimbang kaum Cina & Melayu.
Dari dalam komuter kelihatan sebahagian peserta perhimpunan berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka(?). Dan dalam jarak beberapa meter di hadapan dorang sepasukan polis/anggota keselamatan berpakaian serba hitam berbaris melintang jalanraya.
"Jalan kaki pon mahu sekat, jalan mana lagi mau pakai? Kita pakat jalan ramai-ramai atas landasan kereta api meh," komen salah sorang aunty Chinese yang aku percaya salah sorang peserta perhimpunan berdasarkan t-shirt kuningnya.
Gerabak komuter serta merta kosong & lapang di stesen Kuala Lumpur di mana sume peserta perhimpunan turun. Seyes sungguh ramai dorang. Dan ada sorang minah saleh terpinga-pinga melihat begitu ramai manusia - rata-rata berpakaian warna kuning/oren/hijau.
Perjalanan dari KL Sentral - Putra yang selalunya hanya 10 minit, hari tuh hampir setengah jam. Besar kemungkinan sebab berhenti lebih lama dari biasa di kebanyakan stesen.
Melihat begitu ramai peserta join perhimpunan tuh menimbulkan sedikit rasa scary.
Dan jalanraya, clear sungguh.
P/S: Makin jauh tinggalkan KL, makin selamat rasanya. Feeling pelarian pulak rasanya. Haip
Tiada ulasan:
Catat Ulasan