Khamis, 26 Julai 2012

It's Puasa

Sekali lagi puasa seminggu di kampung. [gamaknya tahun depan tableh la kot]

Raya tahun neh insyaAllah lebih meriah sebab sume orang dapat balik raya, & kalo ada rezeki maka bleh beraya dengan ahli famili baru - Arjuna Junior.

Btw, cuti lama-lama adalah seronok bila sebelum cuti keje dah siap setakat adanya, tapi keseronokan tuh akan terganggu tatkala di tengah-tengah cuti tetibe tdo malam bleh mimpikan keje. Ades.

Oh ya, cuti kali neh balik naik flight. [mode budak jakun pestaim naik flight]

Ufff... ia adalah tak seronok. Tapi sangat memendekkan masa perjalanan dari almost 10jam ke 3jam.

Perjalanan dengan bas cecah 10 jam campur perjalanan ke stesen bas. Tapi cam okeh la sebab nak ke stesen bas tade la rumit sangat & sangat senang bila sampai kampung lagi 5 minit je dari rumah. Tade orang nak amik jalan kaki pon dalam 10 minit je kalo langkah lebar-lebar.

Dengan flight neh ada sedikit kelecehan tang dari PC ke rumah aku adalah 45minit - 1 jam.

Nak ke LCCT tade hal, naik bas jeh. Tapi proses dari PC ke rumah adalah memenatkan. Nak kena membonceng lagik dengan bag-bag sume dalam jangka masa yang bukan sekejap adalah kurang seronok.
1 jam ke LCCT, 45 minit dalam flight, 45min-1j ke rumah. Err...errr...err..

Dannnn... penatnya macam takde beza dengan naik bas. Ada baik buruknya. ^^

Tapi okeh la, merasa jugak naik flight. Haha~



P/S: Whee hee~

Selasa, 17 Julai 2012

Break Off

Break off isnt easy.

Hubungan yang terpaksa ditamatkan atas apa saja sebab adalah tidak mudah. Menukar style hidup yang perlu lari dari kebiasaan dan hidup semula keseorangan adalah tidak sesenang berfikir atau sekadar mencipta bayangan dalam pikiran.

Tak heran la banyak lagu-lagu (terutamanya) menggambarkan betapa susahnya untuk move on & let go sesuatu hubungan sekaligus mengabaikan sume kenangan yang dah jadi sejarah.

Umpamanya hidup tiada lagi erti, langkah jadi sopak & sumbang, selera terjejas, fikiran kerap melayang & segala kerja jadi tonggang langgang.

Atas kesukaran ini mungkin, ramai yang berkeputusan memujuk rayu pasangan untuk teruskan semula hubungan yang terputus di tengah jalan.

Bagi yang memandang dari luar tingkap, mungkin boleh utarakan seribu satu sebab & kata semangat untuk move on dari hubungan yang tiada kesudahan tu, tapi bagi yang mengalaminya sendiri, ia tak semudah ABC.

[Ia annoying bagi yang melihat, tapi penyeksaan bagi yang merasa.]

Tapi, apa je yang mudah. Makan nasik pon perlu kunyah hancur-hancur baru telan, kalo tak, sila la bersedia alami ketidakhadaman yang sungguh tak menyelesakan.

Mau terus tenggelam dalam sejarah yang takkan mungkin berulang dengan terus mimpikan angan yang hampir mustahil jadi nyata, atau bangun & menapak ke depan untuk sesuatu yang meski blom pasti namun harapannya adalah hakikat nan jelas.



P/S: In progress.

Selasa, 10 Julai 2012

The D. Done.

Buat lesen dari Feb, gigih habiskan kelas 10jam dalam satu bulan, krisis ekonomi book cuti untuk test, berkesudahan dengan Mei yang tragis, akhirnya semalam repeat test & alhamdulillah, test kedua-dua part berkesudahan dengan lulus.

Finally! Aku pemegang B2 & D.

Done. Jangan nak suruh aku buat memenda lain lagik. Ini perkara terakhir aku buat atas desakan kemahuan orang lain.

Tapi atas alasan apa sekalipon, yang dapatnya bukan orang lain, aku jugak, justeru yang paling seronok & bahagia pon aku lah jugak.
Lalalala~

Dannn... jangan nak suruh-suruh beli kete plak, buat masa sekarang kereta masih merupakan kehendak buat aku, blom capai tahap keperluan lagi. Tapi satu masa nanti wallahua'lam.

Walopon ia lambang kejayaan [katanya lambang sorang yang bekerjaya dah berkelayakan amik pinjaman & ke mana-mana sendiri selesa & bergaya] tapi buat masa sekarang ia masih adalah satu beban buat aku.

Cik Tenuk adalah keseronokan buat masa sekarang. Dan saya nak nikmati keseronokan tuh sampai habis. Whee hee~




P/S: Dear someone who will never stop taking care abt me, i'm someone different right now. Someone who acts the age. Not a kiddos anymore, so u can stop worrying. Someone who treasure money a lot also. Hahahaha~

P/S/S: Whee hee~~

Ahad, 1 Julai 2012

Pilihan Sepanjang Zaman

Aku & nasik. Tak boleh dipisahkan. Macam irama dan lagu. Tade irama pincang la lagu. Macam aku, tade nasik, lapa & menderita la aku.

Dalam sehari, nasik adalah makanan ruji yang wajib aku hadap. Tak kira la tengahari ke malam. Kalo dulukala makan nasik adalah kemestian seawal pagi - semacam mana kebiasaan masyarakat Kelantan yang bekpes dengan nasik berlauk.

Sekarang, sejak beberapa tahun di kotaibukota-bumi-penuh-kesibukan neh perut dah pandai berkompromi bertahan dengan kueh beberapa ketul sebelum santap nasik sepinggan menjelang tengahari.

Dan tatkala sesi lepak bersama hosmet yang berperut-beranak-tekak-makan-pepelik-western-etc. pon akan makan di tetempat semacam food court yang ada pilihan pelbagai supaya aku tetap dapat nasik.
[timekasih la hosmet-hosmet yang memahami]

Justeru, jujurnya aku bagitau bahawasanya aku sangat tak suka & kuciwa tatkala keakraban aku & nasik dipersoalkan.

"Tak boleh ke makan menda lain selain nasik? KFC pon kenyang jugak!"

atau

"Tak kenyang lagi ke? Mesti kena makan nasik ke? Makan roti & minum air je tak boleh ke?"


Tak boleh. Mesti nak nasik jugak. Dan memang tak boleh. Dah memang rasa nak makan nasik, tak kira la dah makan roti ke blom makan ke.

Nasik adalah sesuatu yang boleh menggembirakan aku.

Kerana manusia itu ciptaan Tuhan yang penuh keunikan serta kepelbagaian, maka setiap individu tuh ada ciri-ciri yang sedikit tak sama antara satu sama lain.
Jadi, adalah kurang sopan untuk tidak menghormati minat & kesukaan orang lain sedang kita sendiri ada unsur-unsur yang keliatan aneh di pandangan yang lain.

Kalau pon tetibe terasa teringin bercikencop etc. pada hari tersebut, perut tetap kenyang, tapi hari tersebut seyesly akan terasa kurang lengkap.

Ia hanya akan lengkap & sempurna semula menjelang tengahari esoknya sebaik saja nasik jadik santapan.

Kesimpulannya, aku & nasik ibarat handphone & kredit.
Tanpa kredit, apalah sebuah smartphone sekalipon, apatah lagi di tempat tanpa free wifi.


P/S: Sekian, aku yang suka nasik selalu.