Aku & nasik. Tak boleh dipisahkan. Macam irama dan lagu. Tade irama pincang la lagu. Macam aku, tade nasik, lapa & menderita la aku.
Dalam sehari, nasik adalah makanan ruji yang wajib aku hadap. Tak kira la tengahari ke malam. Kalo dulukala makan nasik adalah kemestian seawal pagi - semacam mana kebiasaan masyarakat Kelantan yang bekpes dengan nasik berlauk.
Sekarang, sejak beberapa tahun di kotaibukota-bumi-penuh-kesibukan neh perut dah pandai berkompromi bertahan dengan kueh beberapa ketul sebelum santap nasik sepinggan menjelang tengahari.
Dan tatkala sesi lepak bersama hosmet yang berperut-beranak-tekak-makan-pepelik-western-etc. pon akan makan di tetempat semacam food court yang ada pilihan pelbagai supaya aku tetap dapat nasik.
[timekasih la hosmet-hosmet yang memahami]
Justeru, jujurnya aku bagitau bahawasanya aku sangat tak suka & kuciwa tatkala keakraban aku & nasik dipersoalkan.
"Tak boleh ke makan menda lain selain nasik? KFC pon kenyang jugak!"
atau
"Tak kenyang lagi ke? Mesti kena makan nasik ke? Makan roti & minum air je tak boleh ke?"
Tak boleh. Mesti nak nasik jugak. Dan memang tak boleh. Dah memang rasa nak makan nasik, tak kira la dah makan roti ke blom makan ke.
Nasik adalah sesuatu yang boleh menggembirakan aku.
Kerana manusia itu ciptaan Tuhan yang penuh keunikan serta kepelbagaian, maka setiap individu tuh ada ciri-ciri yang sedikit tak sama antara satu sama lain.
Jadi, adalah kurang sopan untuk tidak menghormati minat & kesukaan orang lain sedang kita sendiri ada unsur-unsur yang keliatan aneh di pandangan yang lain.
Kalau pon tetibe terasa teringin bercikencop etc. pada hari tersebut, perut tetap kenyang, tapi hari tersebut seyesly akan terasa kurang lengkap.
Ia hanya akan lengkap & sempurna semula menjelang tengahari esoknya sebaik saja nasik jadik santapan.
Kesimpulannya, aku & nasik ibarat handphone & kredit.
Tanpa kredit, apalah sebuah smartphone sekalipon, apatah lagi di tempat tanpa free wifi.
P/S: Sekian, aku yang suka nasik selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan