Rabu, 6 Februari 2013

Resepi Dari Kubur : A Review


Tak pasti sama ada ni buku terbaru dari pemegang The Malaysia Book of Records selaku Most Published Novelist atau tak, tapi jelasnya, ni adalah buku ke-85 tulisan Ahadiat Akashah sejak tahun 1986.

Hah, aku blom lahir lagi masa buku pertama beliau diterbitkan.

Buku pertama tulisan Ahadiat Akashah yang aku baca, Mr Nice Guy, kira-kira 13 tahun dulu. Dan walopon jalan cerita beliau sangat best tapi bahasa santainya terlalu santai untuk aku pahami waktu tuh. Novel tuh aku baca semula selepas dua tahun untuk pahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam sesetengah perenggan.

Dan Resepi Dari Kubur neh, walopon sinopsisnya sungguh la tak membantu - kebanyakan sinopsis Ahadiat Akashah adalah petikan dari novel tersebut sendiri instead of bebetul sinopsis buku tuh - tapi timekasih pada taglinenya, aku tergoda jugak untuk membeli buku neh.

Chapter yang pependek, hanya beberapa perenggan, serta jalan cerita yang sekejap ke belakang waktu, sekejap balik ke zaman sekarang, hilang tumpuan atau baca lelaju hanya menyebabkan kepala pening. Jadi sila bertabah membaca buku yang pelik neh.

Kisah sebuah kedai yang makanannya sangat tersohor [heh berjela baru masuk review~ mianhae~] sampaikan nak makan pon kena beratur tunggu kat meja. Tukang masaknya adalah pemilik kedai tuh sendiri, seorang pakcik tua yang kematian isteri, berimej bengis & tak friendly seperti sepatutnya sorang peniaga, dan lebih skeri, jangan cuba-cuba berpikiran serong, beliau mampu membacanya tanpa kome sempat luahkan sebarang penipuan.

Ramuan rahsia pakcik neh adalah ramuan turun temurun yang memerlukan pengorbanan untuk disediakan. Dan pengorbanan bermaksud, pembunuhan.

Oh ya, dan setiap ramuan rahsia, pasti ada pantang larangnya. Si tukang masak, serta ahli keluarga yang bertalian darah dengannya, dilarang sama  sekali menyantap masakan tersebut. Sesekali jangan, atau yang terburuk akan menimpa.

Apapon, tak pasti apa yang terburuk tuh, sebab takde sape yang langgar pantang larang tuh.

Heh. Rasanya buku neh layak dibaca dua kali untuk kepahaman lebih mantap.

Cuma, aku tertanya-tanya, cermin mata yang Selamat curi tuh, cermin mata apakah? Dengan cermin mata tuh si Selamat yang buta huruf mampu membaca tetiba & kembali buta huruf tanpanya. Dan... buku Alam Pikiran tuh tentang apakah?



P/S: Yang haram tuh susah, tapi andai yang payah jugak jadik pilihan, maka neraka adalah penamat kejadian.

Tiada ulasan: