Baikla. Bersedih untuk kegembiraan & keterujaan orang lain adalah kurang wajar, terutama tatkala ia berkaitan masa depan & kebahagian beliau tersebut.
Justeru, setelah menjalani hampir seminggu minggu serba kelam & teduh, bergerak ke depan tanpa terus konon-konon bermuram durja dek masa lepas yang takkan terulang adalah antara caranya.
Bahagia tuh ada banyak.
Dan mampu untuk tersenyum waktu yang lain sedang berbahagia untuk sesuatu yang secara tidak langsungnya hanya untuk dia, malah sedikit mendatangkan garis nyilu bagi yang mendengar, adalah tidak mudah.
Tapi, makan di saat kelaparan pon tak senang, perlu mengunyah untuk merasa kenyang.
Lalu, andai kulit yang tebal & duri yang tajam tak dikopek, masakan merasa isi lemak manis ulas durian.
Menerima apa adanya, kerana apa terjadi pasti ada alasannya.
P/S: Gloomy week, kindly go away. Kojo~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan