Ahad, 23 Februari 2014

Changes

Tade sape sukakan perubahan.
Aku pon.

Dan setelah masuk tahun keempat keje kat sini, dah alah bisa tegal biasa dengan keje 5 hari seminggu di mana off day tak semestinya hujung minggu, akhirnya aku dipaksa keluar dari zon yang katanya selesa neh.

Bermula April, aku adalah shifter. Yang mana shift paling awal adalah 0800 - 1700, dan paling lambat 1500 - 0000.

Dan off days, hampir mustahil adalah hujung minggu.


###############################


Perubahan tu perlu, untuk jadi sorang makhluk yang lebih baik dari hari semalam.

Cuma, menerima perubahan tuh tak mudah.




P/S: Semangat yang hilang.

Jumaat, 21 Februari 2014

Inspirasi

Akhir-akhir ni gagal mengemaskini blog dengan entry-entry berguna. (Baca sebagai 'berguna' dalam definisi aku)

Balik-balik entry emo, yang selalunya berkisarkan ketidakpuasan hati tentang itu ini. Dan bila emo tahap ekstrem entry terus berkenaan aku, aku dan aku.

Oh well ini blog picisan harap maklum hahahahaha~



##########################################


Ini kisah inspirasi.

Yang kadang datangnya mencurah-curah macamkan tempayan bocor.

Yang kadang bila hilang, terus hilang semacamkan tak pernah datang.

Satu ketika, beberapa tahun dulu, inspirasi tu macamkan ombak. Tak bosan-bosan singgah ke pasir pantai. Kadang sapanya gemalai, kadang hempasnya membadai.

Dan satu ketika dulu, tak lama selepas beberapa tahun tu, inspirasi tu direngut.

Sirna macamkan pelangi yang hilang dek cerah mentari. Dan langsung tak datang-datang lagi.

Sampai harini. ^^




P/S: Kisah sorang yang menulis.

Khamis, 20 Februari 2014

Action VS Words

Action always speaks louder than words.

Cuma, kata-kata tak dinafikan kadang lebih tajam dan menikam.

Justeru, luahkan dengan perkataan, atau tunjuk dengan perbuatan?

Dan yang mendengar, atau yang melihat, akan fahamkah hanya dengan sebaris ayat, atau akan mengertikan dengan hanya memandang?




The choice is yours.





P/S: Neither

 

Ahad, 16 Februari 2014

Manusia

Manusia.

Andai di tangan kanan ada segunung harta, tangan kiri masih dambakan segunung lagi harta. Walau nyawa di rengkungan, nafsu tamak haloba masih beraja.

Sedang bersederhana dan mensyukuri apa saja adanya adalah lebih baik. Cuma, tak ramai yang sedar, dan lebih sikit yang mengerti.




###################################



Sepasang suami isteri di kampung. Punya anak-anak yang berkerjaya, meski tak jalani kehidupan serba mewah namun cukup adanya.

Anak sulung sorang guru.
Yang kedua pekerja sebuah syarikat swasta.
Ketiga sorang pekerja di jabatan kerajaan.
Keempat sedang menjalani tahun kedua terakhir di sebuah universiti tempatan.

Di mata kasar masyarakat, ini adalah kejayaan. Kebahagiaan.

Hakikatnya, bahagia itu bukan sebenar bahagia bila apa adanya sepertinya tak mencukupi demi berlandaskan skala meter bertunjangkan nafsu.

Si sulung terasa sangat tak bermakna, bila saja lebih separuh gaji habisnya hanya membayar segala perihal hutang.
Yang kedua tak kalahnya dengan ketidakpuasan hati dek bonus awal/suku/hujung tahun pekerja-pekerja jabatan kerajaan.
Yang ketiga dengan banyaknya kerenah pihak atasan.
Yang keempat dengan tekanan tugasan mingguan/ujian akhir semester.

Ini kisah cliche sebuah masyarakat.



#####################################


Bahagia tuh aneh sifatnya. Ia datang bila segalanya disyukuri. Sedang mensyukuri tuh jarang diakui. Apatah bila nafsu jadi tuan, dan kewarasan dikeduakan.




P/S: Alhamdulillah.... masalah demi masalah bermakna nyawa masih dikandung badan.

Isnin, 10 Februari 2014

Yogjakarta Trip : Gunung Merapi

Short trip - 250,000 IDR
(1 - 1 1/2 hrs)
Medium trip - 350,000 IDR
Long trip - 450,000
(3 hrs)

Masa lawatan ke Gunung Merapi cuma sampai pukul 6.00pm (alkesahnya pukul 6.00pm tuh dah gelap gulita, maghrib masuk pon pukul 5.40pm).

Kerana kitorang sampai sana dalam 3.30pm, singgah jamak ta'khir dulu (ada surau & toilet berbayar kat situ), justeru amik short trip jeh. Dan ada 2 pilihan untuk ke trip tu, sama ada menggunakan jeep, atau motosikal (ni bukan bawak sendiri, bonceng jeh). Kitorang amik jeep dan nasib baikla tuh memang pilihan yang tepat.

Pemandu jeep tuh sebenarnya antara mangsa letusan Merapi pada 26/10/2010, kampung beliau yang terdekat dengan gunung tuh tapi yang terakhir kena & yang paling dahsyat kesannya. Kalau kampung-kampung lain ada jugak yang tinggal tunggul-tunggul binaan rumah dan seumpamanya tapi kampung yang terakhir ni lenyap terus.

Memang padang jarak padang tekukur.

Short trip nih ada 5 - 6 stop. Yang pertama tapak apakah namanya dah lupa, tapi dari situ bleh nampak kesan jambatan yang kena wap panas letusan 2010 tu dan jugak lubang-lubang hasil letusan yang sama.
Kemudian, ke tapak kampung Dusun Jambu. Highlight kat sini adalah seketul batu besar, jugak hasil letusan 3 tahun lepas yang dipanggil batu alien. Katanya sebab menyerupai wajah manusia. Sama ada aku yang tengok dari angle yang salah atau kurang imaginasi aku gagal mengenalpasti tang mana rupa manusia batu tuh.

Di lokasi yang sama ada sungai yang katanya dulu kedalamannya cecah 100meter tapi lepas letusan tuh dah tak jadi sungai lagi.

Mungkin sebab ketiadaan pokok jadi angin sangat kuat kat kawasan tun Dan kalo jenis tak tahan sejuk better bawak at least kardigan. Toksah berangan bawak shawl sebab besar kemungkinan shawl bleh terbang melayang.

Stop yang kedua terakhir adalah tempat paling tinggi kitorang bleh naik, dari situ memang nampak Gunung Merapi dengan jelas. Puncaknya dilitupi awan. Bukan setakat gunungnya je, masa memulakan perjalanan pon kitorang sendiri meredah awan.

Hentian terakhir adalah muzium jam. Asalnya adalah salah sebuah rumah yang strukturnya masih ada, dan sisa-sisa harta yang ditemui dikumpulkan kat situ sebagai mengingati kejadian tersebut.
Bila sampai situ pengasas museum tersebut bukan setakat sambut dan jelaskan kronologi kejadian tu kat kitorang malah dengan baik atinya menjawab segala macam soklan kitorang yang dah ala-ala reporter pencen.

Tepat 6.00pm kitorang sampai kat checkpoint yang asal dan kitorang je yang tinggal blom balik-balik rupanya. Masa tuh memang dah gelap gulita.


Jeep yang digunakan sepanjang trip. Ada bumbung tapi kitorang request untuk bukak. Baru la thrill~


Meredah awan




Gambar tak dapat dielakkan dari blur - satu, sebab pakai kamera biasa, kedua, perjalanan adalah sangat melompat-lompat macam roller coaster.





Jambatan yang terkena asap panas letusan



Muzium Jam : Sisa selepas letusan


Muzium Jam 


Muzium Jam : Bangkai Sapi aka Lembu


Sungai yang tak lagi rupa sungai


Sebelum dan selepas letusan




P/S: Entry yang sepatutnya publish Julai tahun lepas~

Ahad, 9 Februari 2014

Pos

Dah selamat pos.

Semoga sampai on time. Err... lambat sehari acceptable la kan, kalo sampai on the same day would be better.

Hopefully.





P/S: So I have this side of myself huh? Unbelievable....


Sabtu, 8 Februari 2014

Suhu

Beberapa hari ni suhu terasa agak panas.

Mungkin matahari dah makin dekat.

Mungkin bumi dah nak kiamat.

Mungkin makin ramai umat terlaknat.

Atau mungkin sebab sume cuti yang aku mintak asik tak dapat-dapat.





P/S: Entitlement tu ada, tapi hak umpama diperbudakkan.

Ahad, 2 Februari 2014

Unsettled

7 weeks to go.

Dan kad jemputan blom tempah lagik. Baju pon blom pi fitting lagik. Tema blom confirm lagik.

Ottokaji....

Uh-oh.

Neh kenduri nikah adik aku [ooo yeah adik aku langkah bendul ye di situ perlu la mintak gelang seutas dua neh], tapi budak neh blom setel banyak benda jugak.

Mak kat kampung dah kecoh suruh hantar kad pasai beliau dah memulakan jelajah kampung menjemput ke kenduri tapi tuh la, jangan kata nak hantar balik kampung, tempah pon belom ye.

Very the last minute btoi.

Bukan adik aku je, dengan aku-aku skali naik tensen. Harus migrain kalo esok lusa ni blom jugak tempah. Kenduri budak nih cuti skolah Mac nanti ye. Kawan aku yang kawen seminggu awal dari adik aku pon dah dapat kad jemputan beliau.








P/S: Susah-susah sangat pi beli kad Mydin baru tau.