Jumaat, 21 Februari 2014

Inspirasi

Akhir-akhir ni gagal mengemaskini blog dengan entry-entry berguna. (Baca sebagai 'berguna' dalam definisi aku)

Balik-balik entry emo, yang selalunya berkisarkan ketidakpuasan hati tentang itu ini. Dan bila emo tahap ekstrem entry terus berkenaan aku, aku dan aku.

Oh well ini blog picisan harap maklum hahahahaha~



##########################################


Ini kisah inspirasi.

Yang kadang datangnya mencurah-curah macamkan tempayan bocor.

Yang kadang bila hilang, terus hilang semacamkan tak pernah datang.

Satu ketika, beberapa tahun dulu, inspirasi tu macamkan ombak. Tak bosan-bosan singgah ke pasir pantai. Kadang sapanya gemalai, kadang hempasnya membadai.

Dan satu ketika dulu, tak lama selepas beberapa tahun tu, inspirasi tu direngut.

Sirna macamkan pelangi yang hilang dek cerah mentari. Dan langsung tak datang-datang lagi.

Sampai harini. ^^




P/S: Kisah sorang yang menulis.

Tiada ulasan: