Isnin, 26 Mei 2014

Single

Istilah media sosial masa kini.

It's complicated.
Single.
Single and available.
Single but not available.
In relationship.

Fitrahnya lelaki akan tertarik pada perempuan dan sebaliknya. Ia adalah satu naluri yang memang sedia tercipta dan berfungsi meski fikiran belum sepenuhnya mampu digunakan.

Masing-masing punya persepsi sendiri berkenaan isu couple, apatah lagi bila ia berlaku di bangku sekolah, saat uniform masih disarung, dan duit saku pon masih mak ayah bekalkan.

Abaikan tentang baik buruk couple, sama ada semasa, atau usai tamat alam pembelajaran.

Entry ni bukan untuk itu.

Dari satu sudut yang lain, couple, mengingatkan aku pada bahawasanya manusia sesekali tak teruji lebih dari apa yang mampu dipikulnya.

Bercinta, berpegangkan utas perasaan yang terbuai-buai, yang bak angin, dirasa dapat dilihat tak nampak, merasa bahagia walau tanpa sesuatu yang konkrit, dan andai bukan jodohnya, terseret terhentak keras kenyataan, lalu kecewa remuk redam.

Hanya yang kuat menahan rasa yang bermacam-macam akan terus survive. Lalu begitulah couple.

Bercinta lagi, dan kecewa lagi sekali. Mencuba semula, juga gagal temui cinta sejati.

Cuma yang gagah melawan kecewa akan teruji semacam ni.

See...?

Justeru, andai tak penah sekali terjebak alam percintaan, mungkin korang tak cukup kuat untuk merasa kecewa. Lalu tak perlu lah berdukacita sangat, cinta tu terlalu besar skopnya.

Ia terbahagi pada lima.
Allah.
Rasul.
Famili.
Member.
Kekasih.

Takde satu, masih ada 80% cinta yang lain. Kenapa masih bersedih?

Hidup cuma sekali, nikmati ia seadanya.




P/S: Bila kepala pusing ayat pon tunggang langgang.

Ahad, 25 Mei 2014

Memori

Sejarah adalah sesuatu yang telah terjadi, yang wajar diingati supaya kesilapan silam tak diulang semula.

Cuma, bukan sume kenangan silam layak dikenang, dan bukan sume ingatan lama perlu disimpan.

Ada sesetengah perkara, yang keliatannya kecik dan tak membawa erti, kadang ia punya kisah tersendiri. Dan hanya kerana ia sesuatu yang tak dialami sendiri, sesekali jangan perkecilkan nilai sejarah sesape saja.

Ia mungkin hanya kisah picisan terluka dek kekasih lama, atau sekadar sebuah cerita tentang sahabat, atau mungkin jugak cuma sesuatu yang cliche, apa saja, berdiam tanpa kata jauh lebih baik dari meluahkan apa-apa yang kononnya berfungsi mendamaikan.

Sejarah.

Dengarnya bosan.
Jujurnya, ia penuh dengan kenangan. Meski kadang ia langsung tak layak dikenang.

Cumanya, tatkala kenangan tersulam benci dan iri, ia hanya terpendam jauh dalam lubuk rasa, tapi tak pernah padam.

Bak sekam. Nampak tenang tapi di dalamnya membakar marak.

P/S: It still hurts, huh...?

Mengira dan Menghitung

Menghitung hari.

Cliche.

Ia sesuatu yang selalunya aku cuba elak. Atas beberapa alasan.

Satu, ia membosankan.
Masa akan terus berjalan, tak lambat walau sedetik, dan tak cepat walau sesaat. Tak peduli sama ada ia ditunggu, dan takkan lari mahupun ia dihambat.

Dua, neutral. Dan kadang seolahnya sia-sia.
Ia tak mengubah apa-apa. Isnin tetap bertukar Selasa, dan Subuh tetap menginjak ke Zuhur.
Lalu untuk apa mengira sesuatu yang tetap akan sampai sama ada ditunggu atau tidak?

Tiga, matematik mudah mengatakan, sejam bersamaan enam puluh minit, atau tiga ribu enam ratus saat.
Sama, tapi tak serupa. Justeru kenapa pilih mengira menggunakan saat andai minit pon bawa erti yang sama.

Oh maaf, kompleks? Baik, bahasa lebih mudah, buang masa.

Dari menunggu dan menanti macamkan idamkan durian yang baru berputik, mungkin jauh lebih baik untuk lakukan sesuatu yang jauh mendatangkan hasil, ke kedai mencari durian contohnya. Err... konsep yang lebih kurang sama la.

Ramai yang tak suka menunggu (tapi tak kesah pulak buat orang tertunggu hahaha), aku salah sorangnya.

Jadi, tak. Aku tak menghitung waktu. Aku buat taktau bagi waktu berlalu tanpa perlu aku tahu.

Mengira bermula Isnin, tentulah Jumaat lambat sampai. Tapi lalui Isnin, Selasa dan seterusnya, Jumaat akan tiba jugak.

Macam takde beza, tapi sebenarnya ia memang ada sedikit tak sama.




P/S: Orang yang nak mengira satu demi satu tu, sila lah. Hahahaha

Jumaat, 23 Mei 2014

100%

Lho... baru tahu rupanya Sanghoon kuar dari 100%. Dan Minwoo enlisted.

Motip lambat?

Konon la ingat dorang buat sub-group walaupon agak kelakar kenapa 5 out of 7. Dan bukannya vocal line sume, still ada 2 rappers.

Rupanya 5 members je sekarang neh. 

Walaupun lagu baru dorang beberapa je, tapi tetap nak sedih jugak, sebab ingatkan dorang ni spesies 'lambat kayuh', rupanya berenti di tengah jalan.

No prob, lima pon lima lah. Nasib baik vocal line ada lagik dengan jitunya. ^^




P/S: Tetibe merapu pasal Bekpo kan....

Ahad, 18 Mei 2014

Denial

Penafian.

Perbuatan menidakkan sesuatu yang hakikatnya adalah sebuah kenyataan.

Mungkin perkataan ni yang paling sesuai menggambarkan aku sekarang ni.

Bukan la tak penah terpikir untuk berada di kedudukan sekarang ni, cuma tak pernah berfikir secara serius. Aku lebih suka abaikan apa saja andai ia melibatkan perasaan.

Kenapa?

Sebab secara peribadinya, aku ada satu masalah yang aku kenalpasti sendiri sebagai paranoid. Baiklah, tidakla serius sangat, cuma sedikit rasa serik.

Enggan mengulang kepahitan yang sama pernah dirasa. Macamkan tertelan air laut waktu mandi pantai zaman kekecik dan serik seketika, tapi hilang serik sambung mandi lagi, tapi lebih berhati-hati.

Macam tu mungkin, aku berada di posisi 'lebih berhati-hati', tapi memang enggan mengulang apa saja yang bakal menghadirkan kenangan lama.

Cuma, macamkan sang pelanduk yang selalu terlupakan jerat, macam tu lah aku terlupakan apa yang pernah berlaku, lalu secara tak sengaja mengulang semula sesuatu yang cuba aku elakkan.

Baiklah, mungkin penjelasan dari sisi negatif.

Apa yang berlaku, bukan lah sesuatu yang buruk. Jauh sama sekali sebenarnya, malah ia sesuatu yang diimpikan semua orang. Err... semua orang yang normal, sekurang-kurangnya.

Cuma, berada di situasi aku, dengan apa yang pernah berlaku satu masa dulu, ketakutan tu ada. Kerisauan tu memang sentiasa berlegar. Dan kebimbangan ada di mana-mana.

Ia sesuatu yang hanya aku tahu.

Sebab andai ia aku umumkan pada sesiapa, bukan je mengundang tawa, malah seberkas 'nasihat-tak-perlu' akan berbondong-bondong tiba. Cukuplah.

Aku bukan anak-anak remaja yang gagal mengira apa yang salah apa yang benar, atau anak-anak kecik yang perlukan ingatan tentang waktu tidur. Aku si dewasa yang rasanya seiring usia.

Sesuatu seperti, '...biasalah, waktu-waktu macam ni memang risau tak menentu...' atau, '...jangan layankan, nanti dah selesai semuanya hilang lah tu...' diiringi senyum sinis atau tepuk mesra di bahu, bukanlah apa yang aku perlukan.

Dan aku tak perlukan apa-apa sebenarnya. Ya... mungkin aku perlukan sepasang telinga yang mendengar, tanpa menghakimi. Atau sekeping wajah yang tak terbega-bega saat aku mulakan cerita.

Tapi tu lah, masa semakin suntuk. Dan permintaan ni semacamnya mustahil. Dan sepertinya melampau pon ada rasanya.

Dan kali ini, untuk menitipkan, 'menerima apa adanya seadanya ia sebaik pilihan', terasa payah.

Julung-julung kalinya, semangat terasa bergentayangan di mana-mana. Gagal diheret turun memijak bumi yang nyata, enggan mengalah entah gagah pertahankan apa.

Mungkin, mungkin menerima hakikat sepertinya ia, adalah satu-satunya pilihan. Mungkin.



P/S: Pernah merasa sakit terjatuh dari pohon nan tinggi?


Ahad, 11 Mei 2014

Mei

Mei datang lagi. Dan bulan ni baru ada satu entry...? Eh. Tak sebok pon rasanya, mood je tak kunjung tiba, haha.

Adalah normal untuk sesorang sukakan sesatu nombor, atau musim, atau mungkin bulan, bila ada sesuatu yang berkaitannya berlaku di kala itu. Macam dalam kes aku, Mei adalah bulan kelahiran aku, dan kebetulannya, 5 adalah satu nombor kegemaran aku.

Cuma, tahun ni, ada lebih dari satu perkara yang akan berlaku kali ni.

Kepada yang sedang tolong membuat kiraan detik jangka untuk aku, trimas. Haha. I wont start counting, I just can't, it's too overwhelmed. I'll just let it come. Haha~

Apapon, trimakasih hosmet, dan ex-hosmet, dan sida-sida kakashunny, dan frens, sebab akhirnya kita berjaya mengadakan so-caled BBQ party malam tadi, walopon nyaris buat amok dengan management yang tak telus dalam sesetengah hal, serta sorang pacik yang menyampuk sukahati dengan ayat yang rasanya tak bape matang selaku sorang yang aku percaya dah melepasi separuh abad.

Alhamdulillah, hujan akhirnya berenti lepas Isya' malam tadi.

Thanks for the cake, and for the gift.



P/S: Fefeeling retis plak berterimakasih bagai. :P

Selasa, 6 Mei 2014

Paham

Tak paham.
Takkan paham.
Tak nak paham.

Sorang yang punya kasut, tak paham keadaan sorang yang tak punya kasut - sama ada memang literally takde kasut sebab pakai selipar, atau cukup duit untuk beli kasut kat Nose, atau mungkin ada duit, tapi takde saiz kasut tersebut.

Apa saja. Tapi sipirnya, sorang yang ada sesuatu, tak paham keadaan sorang yang tak punya sesuatu tu.

Dorang takkan paham andai tak cuba untuk berada di situasi tersebut, atau sekurang-kurang membayangkan yang dorang berada dalam situasi tuh.

Dan, dorang taknak paham macamana rasanya ketiadaan sesuatu yang sedang dalam genggaman dorang, jika dorang yakin ketidaknasibbaikkan itu akan menimpa dorang jugak.

Moral yang cuba aku pahamkan, kita selaku makhluk bernama manusia, kalaula terasa nak berkongsi masalah, besar atau kecik, jangan la semberono berkongsi. Cuba la try cek tengok apakah mereka sorang yang berada di situasi sama seperti kita, atau ada kemungkinan berada dalam situasi yang sama, atau sorang yang takkan mungkin berkongsi rasa dek kenasibbaikkannya.

Jika tergolong dalam kategori ketiga, sila la, sila la cari orang lain.

Supaya masalah yang kecik hari ni, takkan diperlekehkan hingga satu masa, rasa yang dulunya ada, sirna begitu saja.

P/S: Bila Tenuk dipandang tak berapa tinggi, beta selaku pemilik sementara sebenarnya terasa hati. Tsk~~
Tenuk, please noted that you are always my sweetheart. ^^