Ahad, 25 Mei 2014

Mengira dan Menghitung

Menghitung hari.

Cliche.

Ia sesuatu yang selalunya aku cuba elak. Atas beberapa alasan.

Satu, ia membosankan.
Masa akan terus berjalan, tak lambat walau sedetik, dan tak cepat walau sesaat. Tak peduli sama ada ia ditunggu, dan takkan lari mahupun ia dihambat.

Dua, neutral. Dan kadang seolahnya sia-sia.
Ia tak mengubah apa-apa. Isnin tetap bertukar Selasa, dan Subuh tetap menginjak ke Zuhur.
Lalu untuk apa mengira sesuatu yang tetap akan sampai sama ada ditunggu atau tidak?

Tiga, matematik mudah mengatakan, sejam bersamaan enam puluh minit, atau tiga ribu enam ratus saat.
Sama, tapi tak serupa. Justeru kenapa pilih mengira menggunakan saat andai minit pon bawa erti yang sama.

Oh maaf, kompleks? Baik, bahasa lebih mudah, buang masa.

Dari menunggu dan menanti macamkan idamkan durian yang baru berputik, mungkin jauh lebih baik untuk lakukan sesuatu yang jauh mendatangkan hasil, ke kedai mencari durian contohnya. Err... konsep yang lebih kurang sama la.

Ramai yang tak suka menunggu (tapi tak kesah pulak buat orang tertunggu hahaha), aku salah sorangnya.

Jadi, tak. Aku tak menghitung waktu. Aku buat taktau bagi waktu berlalu tanpa perlu aku tahu.

Mengira bermula Isnin, tentulah Jumaat lambat sampai. Tapi lalui Isnin, Selasa dan seterusnya, Jumaat akan tiba jugak.

Macam takde beza, tapi sebenarnya ia memang ada sedikit tak sama.




P/S: Orang yang nak mengira satu demi satu tu, sila lah. Hahahaha

Tiada ulasan: