Khamis, 28 Ogos 2014
Makan & Najis
Najis.
Tentang betapa kesian anak beliau yang baru berusia beberapa bulan (atau mungkin setahun) hadapi masalah sembelit hingga bila dibawa jumpa doktor kelihatan tinja berselirat memenuh kala bayi tersebut di-scan.
Andai tak berpikir panjang harus aku angkat kaki dan-dan tu jugak. Normalnya bila orang bercerita kita pasti tak lepas membayangkan sejenak barang apa yang dibicarakan. Justeru, sedang menggaul nasik berkuah kari ayam sambil mulut masih mengunyah menu yang sama, namun tetiba terbayangkan .... najis?
Atas nama common sense (baca : sesuatu tanpa peraturan bertulis atau verbal tapi mudah dihadam akal logik sama ada baik atau buruk), topik najis adalah topik taboo sewaktu sedang depani makanan.
Sifirnya mudah - makanan adalah sesuatu bersifat bersih dan rezeki, sedang najis adalah sebaliknya. Tapi memang ada segelintir yang gagal membezakan hal semudah ini.
Lalu aku suka untuk menyeru, walau anda sedang teruja untuk memperihalkan anak anda yang bermacam ulah, atau suami anda yang romantik serta rajin memasak, atau keluarga mentua yang gemar campur tangan hal rumah tangga, etc. etc., mohon memahami topik mana lebih selamat dan waktu mana ia lebih sesuai.
Katanya lulusan sarjana universiti tempatan terkemuka, justeru bertindaklah selaku sorang yang bertamadun.
P/S: Tu pasal aku lebih suka break sorang-sorang, paling-paling boleh makan sambil gayut tepon mak.
P/S/S: Sat lagi aku cite pasal laki plak karang kang kang kangggg...
Rabu, 20 Ogos 2014
Random~~
Baiklah, mari bercerita tentang terpaksa kemaskini segala cerita di skrin tepon bimbit yang cinonit (walopon sebenarnya tak la kecik benau kalo bandingkan sesama spesies alat mudah alih tuh).
3 bulan, atau lebih, sume berkaitan usaha mengemaskini, review novel, komik etc. terpaksa menerusi taipan penuh hati-hati dan kurang selesa menggunakan tepon Lenovo yang saya baru beli lima nam bulan lepas (nak jugak cerita tepon baru). Alkesahnya proses perpindahan memang adalah agak kurang seronok dek di rumah sewa nan lama yang mana dikongsi bersama member bujang yang lain wujudnya perkhidmatan Unifi yang dikongsi guna dan bayar sesama (walau kadang kena bebel bila orang lain lupa tutup bila dah tamo guna muahahaha).
Sebaik menapak ke rumah baru yang masih tade pape perabot/peralatan asas sebuah rumah umpama telibisen besau, perkhidmatan tv berbayar yang andai tak amik maka takde guna ber-tv, mesin basuh yang boleh campak-campak je kain baju sume, peti ais untuk simpan segala sume, apatah lagi kemudahan internet sama ada yang percuma atau yang berbayar.
Justeru, pilihan untuk sorang yang dah terbiasa berinternet maka aku melanggan la plan data (?) 30 hengget sebulan untuk 1.5G.
Ya, mahal, dan kadang tak sempat 30 hari dah selamat cecah had. Maka perlu pulak langgan plan 50MB dengan harga seringgit tapi hanya selama 12 jam - pon kadang terlebih pakai sampai kena caj 10kb/10sen (lebih kurang la, yang pasti, menangis tak berair mata jugak bila cek baki~).
Jangan kata nak sambung aktiviti lagho donlod segala sume lagu-lagu, album baru, MV baru, variety show, layan youtube tanpa buffer, nak bukak blog dari laptop pon terpaksa pikir tiga pat kali demi memastikan hayat 1.5G boleh diguna pakai hingga hari ke-30.
Running Man...?
Berangan jelah. Satu fail cecah 2G, jangan kata nak download, nak klik KShow punya website pon tak mampu.
Gitu lah.
Hingga la tetengah aku jenuh berpikir-pikir macamana nak menyelesaikan sume masalah ni, tiba-tiba datang satu penyelesaian.
Alhamdulillah, baru hampir dua minggu, tapi lepas gian punya pasal, dalam masa satu hari aku bedal download RM tujuh lapan episod sekali harung. Haa ambik, sape suruh puasa donlod berbulan-bulan kan.
Sampai sini je mungkin entry pertama dari laptop lagi sekali (sambil dengar stesen radio klasik mana la ni encik beliauuuuuuuu cuba bukak lagu BTOB ke, VIXX ke, takpe jugak).
P/S: Banyaknya jemputan kenduri ni sume. Acane nak pi ye...
Jumaat, 8 Ogos 2014
Mitos : A Review
MITOS adalah antara karya Ramlee Awang Mursyid aka RAM. Tulisan yang bukan bersifat novel rasmi, sebaliknya sebuah siri mingguan dalam sebuah akhbar.
Justeru untuk membandingkan mutunya dengan novel nukilan beliau yang sebelum-sebelumnya adalah kurang adil.
MITOS hanya berketebalan lebih kurang setengah dari novel biasa keluaran Alaf 21, dan font yang sedikit besar serta agak kurang menarik, tak lupa muka depan yang bertahap cetakan amatur. Dikeluarkan atas usaha kelab rasmi RAM, MITOS hanya dicetak sebanyak 1000unit dan dijual hanya menerusi online.
MITOS adalah berkenaan dua kumpulan manusia yang terkena sumpahan, satu adalah mangsa manakala lagi satu merupakan pemangsa. Mangsa keadaan, golongan manusia yang mampu merubah bentuk kepada harimau, nyatanya ditakuti lalu golongan ni selamanya dianggap perosak justeru kewujudan mereka tidak diiterima. Golongan kedua adalah pemangsa, juga mampu merubah bentuk kepada makhluk berkeupayaan luarbiasa yang punyai kekuatan ampuh untuk menundukkan manusia harimau.
Selepas perang terakhir yang meletus antara dua puak nih, sisa terakhir keturunan keduanya menyelit masuk ke komuniti manusia dan menyesuaikan diri adanya manusia biasa.
Konflik muncul bila keturunan pemangsa jatuh hati pada manusia harimau. Kekeliruan dan salah faham menyebabkan perang meletus lagi antara mereka.
Penghujung siri MITOS secara peribadinya jelas tergantung. Dan dengan berbesar hati aku harap encik penulis untuk memperincikan semula karya neh.
Alkesahnya, manusia harimau yang dikatakan berasal dari Jambi, bukanlah sekadar imaginasi si penulis. Sekurang-kurangnya ia bukan perkara baru.
Dalama siri tulisan Tamar Jalis ada mengatakan mereka yang berasal dari Jambi kebanyakannya menuntut ilmu yang membolehkan mereka merubah bentuk kepada harimau, atas alasab menjaga kemaslahatan keluarga.
Justeru, kisah manusia harimau dari Jambi, adalah sesuatu yang sepertinya memerlukan kupasan lebih terperinci.
Chewah, skema abes review neh.
Sekian.