Rabu, 24 Disember 2014

Herdik

Ini tentang opis, aku selaku salah sorang cs untuk team MY, dan jugak salah sorang dari belasan back-up line untuk team SG.


Pagi yang tenang, tapi tetibe dicemari langkah sesusuk tubuh menghala kepada aku yang sedang di talian dengan sorang customer (nama pon cs, dengan customer la takkan dengan bekas pakwe pulak nak bergayut dengan berheadset bagai kan) **mintak ampon mode sarkis activated.

Multi-tasker katanya, aku menoleh ke sebelah, merenung sekejap sebentuk wajah yang sedang cemberut umpama sembelit seminggu, sambil mata kelip-kelip - bahasa mata yang sedang bertanya 'kemendanya anda datang?'. Si tuan punya badan menunjuk-nunjuk ke depan - ke arah team SG - masih dengan dahi selirat kerut seribu - bahasa badan yang pahami sebagai 'pegi back-up SG cepat la oooiii'.

Beliau adalah salah sorang dari team yang bertanggungjawab menyusun atur jadual para cs, aka scheduler, dan lebih spesifik lagi beliau adalah gadis scheduler team SG.

"Kenapa jawab (call) MY?!" Bentak beliau.

**tanda seru adalah perlu untuk diletakkan dalam ayat soal ni sebab nada yang beliau gunakan adalah nada umpama sedang bicara sama sorang yang merampas pakwenya, yang bukan saja kedengaran melengking dan menyakitkan telinga, malah turut menarik perhatian beberapa yang lain.

Biar aku jelaskan dulu, setakat yang aku tahu, yang punya access untuk menukar skill aku (yang mana akan menentukan call yang masuk adalah dari MY atau SG) adalah para scheduler. Yang pasti, cs semacam aku, memang takde maknanya lah nak main tukar-tukar sendiri.

Justeru, aku memang tergamam dengan soalan yang rasanya tak salah andai aku labelkan selaku soalan budus akan bodoh hingga menyebabkan aku terdiam sesaat sebelum bersuara.

"Saya dapat email suruh jawab (call) MY kot. Dah dua minggu apa__"

Dan, sebelum sempat aku tunjukkan email tersebut (yang mana wajarnya beliau lebih dari tahu memandangkan ia adalah sebahagian dari tugasan beliau selaku scheduler), tetibe ketua aku yang cuma bersebelahan, menyampuk.

"...DAH LAMA LAH DIA KAT MY, KAN DAH DAPAT EMAIL SUME."

**caps lock, yang menunjukkan betapa ketua aku sedang hangin dengan ulah cik scheduler yang seakan menyalahkan aku suka-suka jawab call mana yang aku nak. Heh, I wish I can do so.

Terdiam la sekejap beliau, dan dengan nada yang sedikit rendah beliau nyatakan aku perlu jawab call team SG hari ni, atas alasan  service level SG sedang merudum.

"SAMPAI BILA NAK BACK-UP KAT SANA?" Soal ketua aku, masih dengan tone beraurakan Hulk yang hijau dek bengang.

Ketua aku masih pissed off. Aku tak salahkan dia pun, sebab sesiapa saja yang ada dalam situasi tadi akan pahami tukang cari pasal adalah cik scheduler.

"Sampai service level naik balik lah." Cik scheduler menjawab, nada suara dah naik balik suku oktaf.

etc. etc. etc.



************************************************************
************************************************************


Panjang lagi kisah pertikaman lidah antara ketua aku dan cik scheduler tersebut, tapi tuh adalah perkara terakhir yang nak aku perincikan kat sini.

Alkesahnya, tadi bukan gangguan kali pertama aku yang tengah elok-elok bekerja dengan penuh perasaan cuma untuk diganggu dengan kehadiran scheduler yang akan menyuruh aku pindah, sama ada dari SG ke MY, atau MY ke SG.

Cuma, ia kali pertama datang dalam bentuk bentakan semacam tuh. Selalunya scheduler cuma akan datang diam-diam dan cakap ala-ala bisik, "... boleh pegi SG tak, call sana queue lah."

Ia annoying, percayalah. Walaupun aku menggunakan perkataan 'pindah' di sini, hakikatnya aku tetap duduk di seat yang sama, cuma access sistem yang berbeza saja, malah masih dari PC yang sama jugak.

SG dan MY ada sedikit perbezaan dari segi sistem, tapi BANYAK ketaksamaan dari segi produk, malah berbeza pulak culture MY dan SG.

Ia menyampah, percayalah. Sebab otak aku bukan macamkan external hard disk yang boleh ada tiga pat partition dan macam pulak handphone dual sim yang simnya boleh deactivate memana sim sesuka hati. Kemungkinan untuk tersalah bagi info adalah 50-50. Dan andai ia terjadi, maka terjejaslah periuk nasik aku.

Ia memenatkan, percayalah. Sebab aku beban kerja aku jadi berganda. Customer SG aku kena follow up, yang MY apatah lagi.

Dengan beberapa alasan yang berjaya aku pikirkan ni, perbuatan cik scheduler tadi adalah sesuatu yang... bodoh.

Beliau boleh je datang dengan tenang dan mintak aku back-up SG, tanpa perlu tinggikan suara mengherdik umpamakan aku punya pilihan untuk berada di team MY atau SG, atau macamkan aku sedang melakukan kesalahan besar.

Aku takkan katakan 'tak', atau 'taknak', sebab aku takde pilihan pun. Ia adalah sebuah arahan yang by hook or by crook aku perlu patuh. Macamkan mentimun, tergolek luka, bergolek pun luka.

Kalaulah tadi ketua aku tak menyampuk, tak mustahil akan ada scene drama minggu ini - tengking menengking atau adegan tarik-tarik tudung (baik, hiperbola sikit la kan).



P/S: Aku masih tertanya, cik scheduler kerasukan apa sampaikan boleh sound aku macam tu sekali? Like seriously... memang aku kena sound kot, yet service level tetap menjunam macamkan kambing terjun lombong. Tak berbaloi.

Tiada ulasan: