Kadang, benda kecik pon nak jugak sentap. Walhal terang-terang benda takde la apa sangat, tapi tuh lah, kalau dah namanya perasaan, memang bak kata Ajai - unsangkarable.
Alkesah, tahun lepas aku meroyan pasal kena transfer dari MY team ke SG team. Iya-iya la prepare mental fizikal bagai, maklumla customer SG ni bukan calang-calang, belom tanya pape dah mintak nama kau, kalau boleh nak ejaan penuh lengkap dengan no IC ngan nombor surat beranak sekali.
Tup-tup MY punya service level menjunam bak wau hilang teraju maka baru dua bulan aku disuruh join MY balik.
Dan bak kata orang tua-tua, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Jujurnya, aku lebih selesa dalam team MY, atas banyak sebab.
Cemanapon, langit tak selalu cerah, dua bulan lepas sekali lagi perkara yang sama terjadi, team SG kritikal, lalu aku salah sorang perlu jadi back-up untuk team tersebut.
Apa yang aku tak suka tentang back up, adalah kerja aku jadi berganda. Dua-dua pon aku handle, dan kadang dalam masa yang sama. Dan otak aku ni bukannya external hard disk yang boleh buat partition, satu MY, satu SG, lagi satu apa-apa sajelah.
Tapi selaku pekerja, aku tak ubah macam mentimun, bergolek luka, digolek pon luka. Bukan posisi aku untuk mengatakan tak bila menerima arahan semacam tuh.
Dari segi adil dan keadilan, takde sape kat muka bumi ni adil. Bila team SG kritikal, aku akan dicampak ke sana, dan setelah sebulan setengah berada di sana, minggu lepas aku terima emel mengatakan tugas tersebut dijedakan, dan aku akan report duty dengan team MY balik bermula semalam.
Aku baru sedang pening-pening macamkan ikan tercungap di daratan dengan perbezaan sistem, produk, dan cara kerja dalam team MY bila tiba-tiba hari ni aku disuruh back up team SG semula.
Kalau nak ikutkan sentap, memang aku sentap. Aku ni spesies apa kiranya, setiap kali call queue macamkan barisan di GSC Mid Valley kala hujung minggu, kat situlah aku akan ditempatkan -(dicampak dalam bahasa kasarnya), lalu peluang bernafas macamkan manusia normal tuh, bukan untuk aku lah kiranya...?
Ya, begitulah kiranya kalau ikutkan sentap. Tapi kerana aku sedang cuba jadi manusia yang mampu bersyukur dengan apa yang ada (bak kata ma, aku merungut kerana ada pekerjaan jauh lebih beruntung dari mereka yang merungut dek ketiadaan sumber pencarian), aku diamkan saja. Cuba untuk menelan takdir perjalanan hidup aku begitulah kiranya.
Cuma, bila salah sorang dari team SG keluarkan kata-kata (yang aku yakin beliau tak punya maksud tersirat yang lain) seperti, SG memerlukan beberapa orang lagi selain aku sebagai back up untuk naikkan service level, jujurnya, ia menyebabkan aku sentap sekali lagi.
Justeru macam tu sajalah nilai sorang aku di mata sorang seperti itu.
Bhai, andai kau boleh merungut selalu dapat shift lewat yang menyebabkan sentiasa perlu balik lewat, konsep yang sama sila terapkan pada situasi aku sebelum keluarkan kata-kata.
Begitulah, bila aku dalam mood mudah sentap.
Sekadar sebuah sesi melepas perasaan, sebab, walau apa saja yang aku katakan di laman neh, tak sesekali aku ambik keputusan singkat seperti meletak jawatan dan hidup bertemankan lappy sepanjang masa.
Dan... aku kan Penambahan, tanpa aku dunia tetap dunia yang sama. Cuma dengan adanya aku, kadang langit terlihat lebih ceria. Ia sebuah hakikat, yang lambat bangat perlu diterima.
P/S: Dunia takkan pernah adil, bila manusia membelakangkan hukum azali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan