Suatu ketika dulu ada beberapa perkara yang menjadi minat dan passion aku. Selain menulis dan membaca (serta bercakap), mengurut juga merupakan antara perkara yang aku sukai.
Bagaimanapun sejak mula mengandungkan Aisyah kira-kira empat tahun lepas, perkara ini berubah. Minat terhadap bacaan berunsur mistik, thriller, ngeri, seram dan seumpama dengannya mulai menyusut, hati batu yang selalu kejung dengan pelbagai adegan beremosi di kaca TV (dan laptop) hingga pernah dilabel takde hati dan perasaan, mulai lembut semacam roti terendam air, dan yang paling sedih ialah, aku seolah kehilangan touch apabila mengurut.
Justeru minat-minat ini sebetulnya terabai sepanjang usia Aisyah. Begitulah, sekali air bah sekali pantai berubah. Terpaksa lah aku pasrah dalam terpaksa.
Meski macam tu, perasaan untuk kembali aktif menulis, membaca, dan mengurut, sentiasa terpendam jauh, jauhhhh dalam hati.
Sehinggalah suatu masa, sorang teman ni tiba-tiba bercerita tentang mobile spa, sekaligus mengingatkan sejarah waktu dulu seorang aku.
Dan peluang pun datang. Ternyata sentuhan itu masih ada, cuma perlu dimahirkan lagi.
#situkangjahitjalanan yang mengurut, gaya lembut dan moden.
Mazeed Mobile Spa.
P/S: Berimpian itu manis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan