Rabu, 25 April 2012

Satu Minggu

Hampir [atau mungkin sudah] mencecah suku abad usia.

Baru saja tamatkan 'sesi selamat' belajar. Dan sedang cuba bertatih meneroka hidup sebenar - bekerja dan menyara diri sendiri. Jauh dari keluarga, dan tatau apa di depan yang sedang menunggu.

Melangkah setapak demi setapak menyusun hidup, dari seswaikan diri dengan alam pekerjaan yang pastinya berbeza hampir 360 darjah dari kehidupan belajar, bakal temui colleagues yang belum pasti tergolong dalam bff [besfren forever katanya] atau ffb [fren for benefit pastinya], dan kena pulak berkongsi hidup dengan dorang yang baru kali pertama ditemui sepanjang hayat, andai hidup menyewa [yang mana memang pasti perlu tatkala keje bukan di sebelah rumah mak ayah].

Sume neh adalah step yang hampir sume orang akan lalui. Rencah hidup kot. Justeru, nak atau tak, sudi atau benci, pilihan yang ada hanyala menerima apa adanya.

Mungkin sumenya akan berjalan lancar, mungkin ada sopak di mana-mana.

Tapi, judging everything dalam masa hanya satu minggu is a bit too much.

Dear anda yang sedang mengganggu pikiran beta neh,
Seyesly beta tak kesah apa pilihan hidup anda, rasa nak duk dengan famili [orang lain pon nak tapi dah dapat keje jauh melangit dari kampung maka apa kesahnya nak duk ngan famili lagik], terserah la.

Tapi tatkala keputusan anda tuh memberi kesan kepada persekitaran yang mana dengan malangnya beta salah sorang yang terbabit, secara tak langsung anda dah menyusahkan plot hidup orang lain.

Beta baru je nak bernafas penuh kesyukuran atas muka bumi bertuah neh, tapi terseret lagi dengan sesi paling beta tak selesa.

Dear anda,
Seyesly, nextaim jangan buat camneh kat orang lain, boleh?



P/S: Bila la beta boleh bernafas dengan penuh kelegaan tanpa perlu pikirkan isu sesi interview yang sungguh stressful neh~

SNAP & GRAB Syndicate

Definition: The syndicate take pictures of victim withdrawing large sums of cash & relays images to other syndicate members waiting outside bank.

Steps

1. Two men with handphone enter bank & look for victims.

2. Once victim is spotted, they secretly capture images of victims

3. The men send victim's picture to other syndicate members waiting outside of the bank

4. Several syndicate members wait in a car outside the bank

5. Once receiving the picture the men follow the victim

6. They'll stop the victim & rob them



Sila berhati2 kuakan dwet~~

Isnin, 23 April 2012

Face


credit to uploader


Face by NU'EST.

Antara grup baru yang baru debut (?), ataupon mungkin lebih tepat, antara grup yang aku baru usha. Heh.

Tak pasti lagunya pasal apa, tapi aku suka arrangement muziknya. ^^

Member dorang sumenya tak kenal, kecuali yang cantik (?) tuh namanya REN. Boleh tahan jugak suara beliau.

Performance dorang cam besh jugak.

Kesahnya, blom dengar lagik lagu dorang yang lain. Wahaha~




P/S: Suka tang 'so what'~ Whee hee.

Rabu, 11 April 2012

Aku yang Talkative

Aku yang talkative.

Normalnya, apa saja akan ada baik buruknya.

Baik:

** kurang tensen - sebab segala mak nenek dibagitau kat orang, hatta bercakap sesorang sambil berjalan

** kurang sakit hati dek simpan segala perasaan - sakit hati sikit terus share dengan orang keliling, hatta dengan traffic light masa atas jalan


Buruk:

** orang keliling tensen - sebab segala mak nenek nak dibagitau, hatta orang yang diusha pakai tshirt gi opis pon nak cerita

** orang keliling tambah sakit hati - segala perasaan nak dishare, hatta otw nak gi dapor pon sebok mengekor sebab nak bercerita


See.. see?? Ada baik buruk dia.

Ironinya, aku yang talkative neh sebetulnya sangat kagum & admire deme yang pendiam & bercakap hanya yang perlu[tanpa penggunaan sarcastic tone setiap kali bercakap].

Ada satu ungkapan yang mengatakan, orang yang semacam neh sebetulnya berkuasa penuh atas diri sendiri sebab sume rahsia kemas dalam genggaman sendiri.

Comel kan?

Tapi, pendiam & hanya bicara apa yang mesti, adalah tak sama dengan diam tak bercakap kerana tak sukakan persekitaran & tatkala berkata-kata ayat yang keluar terkandung penuh makna. Bak kala jengking yang comelnya dengan ekor terangkat tapi tatkala tersengat bisa menjalar mampu hentikan degup sang jantung.

Jadi, tuan hamba yang bukannya pendiam tapi susah explain apa yang tuan hamba rasa tuh, takde pon nak melarang sikap tersebut, cuma, tuan hamba toksah la menyimpan dendam tatkala segala ketaksukaan tuan hamba diamkan.

Kerana aku yang talkative neh, yang memang terkenal dengan tahap kesabaran & ketahanan yang tak berapa nak tebal neh, pandai jugak jadik pendiam & timbulkan ketaksenangan dengan ayat tanpa nada.


****

Sekian,

Aku yang talkative, yang sedang dalam proses kembali ke asal.



P/S: Aku yang tetap akan talkative. Melainkan kalo tetibe M2M muncul kat skrin.
Whee heee~

Isnin, 9 April 2012

NO~~ No~~ no~~~

It's okay to say NO as an answer.

But since you're talking to people with brain - maka di manakah keperluan penggunaan sarcastic tone tersebut.

Tuan hamba menyebabkan hamba terasa nak remind sejarah sebermulanya sesuatu. Adalah tak senonoh mengungkit & mengenang masa dulu yang mendatangkan ketaksenangan orang lain - which is tuan hamba la dalam situasi nih.

Tapi, ini kali kedua dalam masa beberapa ari tuan hamba mendatangkan ketidaksenangan pada beta yang macho & coba-coba berlagak selamba neh.
Pertama, dengan pandang penuh makna sampai mata kita dah mampu berbicara sendiri - dah macam kesah-kesah cerekarama.
Kedua, ayat sebaris yang sarcastik dan penuh maksud.

Eh, minggu nih mungkin minggu yang taff untuk tuan hamba.

Berbekalkan alasan tuh ke orang lain terkena tempias proses luahan ketidakpuasan hati tuan hamba. Dan macam sang Jebat amokkan satu Melaka kononnya sakit hati dengan pembunuhan Tuah.



P/S: Beta tak kesah apa saja yang jadi pilihan, yang beta terasa nak murka tuh cara penyampaian jawapan. Haip, beta nak pegi mengadu la. Huh~

Ahad, 1 April 2012

Smoothies

Alhamdulillah, perancangan berjalan dengan agak lancar nampaknya.

Cik Tenuk yang baru je ditukar bateri dua minggu lepas tetibe meragam sket, tak pasal-pasal gi bengkel lagik. Kali neh tukar menda plak tah. Haip~

Dannnn... finally, niat nak banje famili yang ada kat kotaibukota neh tercapai gak. Walopon sekadar banje cikencop kat HR Steak House, kira okeh la. Bukan aku tau sangat tempat makan best area Kolumpo neh.

Walopon mood awalnya agak spoil dek staff yang amik order tuh sungguh la impatient sampai suruh kitorang order dengan cepat sebab ramai customer & roasted cikencop yang sejuk, tapi aku masukkan dalam list 'sila-ignore' jeh.

Hari ni, hari berehat dengan lama.

Dan jugak hari membeli novel selain RAM-nya novel.

Dia Bukan Nabi by Rudy Hirdy. Nih sambungan Aku Bukan Malaikat.
Tulisan yang mengetengahkan watak lelaki lembut. Walopon watak neh still ala-ala Sunan RAM yang almost perfect, tulisan beliau agak mengujakan sebab tak penah plak ada yang membicarakan sisi baik golongan lelaki lembut yang cuba cari & cuba jalani kehidupan normal cam orang lain.

Kerana jalan cerita yang jarang diperkatakan maka aku membaca dengan mengabaikan bahasa penceritaan yang agak ala-ala Alaf 21.



**



P/S: Masih dalam mode kecelaruan minda.
Money supposed to be almost everything, tapi kenapa i'm still out of my mind?
The very normal me will never tolerate with those kind of people.
Adakah aku sedang mengalami kecelaruan personaliti? Nauzubillah~