Rabu, 11 April 2012

Aku yang Talkative

Aku yang talkative.

Normalnya, apa saja akan ada baik buruknya.

Baik:

** kurang tensen - sebab segala mak nenek dibagitau kat orang, hatta bercakap sesorang sambil berjalan

** kurang sakit hati dek simpan segala perasaan - sakit hati sikit terus share dengan orang keliling, hatta dengan traffic light masa atas jalan


Buruk:

** orang keliling tensen - sebab segala mak nenek nak dibagitau, hatta orang yang diusha pakai tshirt gi opis pon nak cerita

** orang keliling tambah sakit hati - segala perasaan nak dishare, hatta otw nak gi dapor pon sebok mengekor sebab nak bercerita


See.. see?? Ada baik buruk dia.

Ironinya, aku yang talkative neh sebetulnya sangat kagum & admire deme yang pendiam & bercakap hanya yang perlu[tanpa penggunaan sarcastic tone setiap kali bercakap].

Ada satu ungkapan yang mengatakan, orang yang semacam neh sebetulnya berkuasa penuh atas diri sendiri sebab sume rahsia kemas dalam genggaman sendiri.

Comel kan?

Tapi, pendiam & hanya bicara apa yang mesti, adalah tak sama dengan diam tak bercakap kerana tak sukakan persekitaran & tatkala berkata-kata ayat yang keluar terkandung penuh makna. Bak kala jengking yang comelnya dengan ekor terangkat tapi tatkala tersengat bisa menjalar mampu hentikan degup sang jantung.

Jadi, tuan hamba yang bukannya pendiam tapi susah explain apa yang tuan hamba rasa tuh, takde pon nak melarang sikap tersebut, cuma, tuan hamba toksah la menyimpan dendam tatkala segala ketaksukaan tuan hamba diamkan.

Kerana aku yang talkative neh, yang memang terkenal dengan tahap kesabaran & ketahanan yang tak berapa nak tebal neh, pandai jugak jadik pendiam & timbulkan ketaksenangan dengan ayat tanpa nada.


****

Sekian,

Aku yang talkative, yang sedang dalam proses kembali ke asal.



P/S: Aku yang tetap akan talkative. Melainkan kalo tetibe M2M muncul kat skrin.
Whee heee~

Tiada ulasan: