Ahad, 30 September 2012

Normal Mode

Baikkkk. 2-3 entry sebelum neh cam dah ala-ala mood DNO jeh. Kenotttt..

Hoh, bajet 2013 baru jeh kua kan, kesahnya aku amik tau sesikit jela, ada sikit teruja tang bape ribu pekerja tah dikecualikan cukai ke pe tah, haaa, tang tu aku kurang paham sape yang dikecualikan kan tuh. Kalo termasuk sekali tang terkecuali tuh kan besh. Lalalala~

BTW tuh je la kot sesatunya yang melibatkan pekerja swasta cam aku [kalo bebetol terlibat la maklom la aku kadang blur alam nak paham apa menda dicakapkan tuh], tang bonus sume tuh memang sah tak la.

Tang bonus tuh yang berkaitan sikit bapak & adik aku la memandangkan deme pekerja gomen. Mungkin aku boleh cuba paw adik aku sikit kot, kalo deme sudi dipaw la, kalo tak sila paw diri sendiri sudahhh.

 Selain bajet, ada menda lain yang kena diberi perhatian gamaknya bulan neh.
Rumah sewa.

Alkesahnya kena pindah. Kurang rajin nak mengenang penyebab kenapa kena pindah setelah dekat 5 tahun duduk sini. Tapi apa nak dikata, layan kan jela.

Proses mencari rumah adalah sikit memenatkan.

Dannnn. Ia memang penat.



P/S: Dah berjaya bagitau pasal projek suku pertama tahun depan. Dan respon beliau adalah kurang besh. Wheee... ada masa lagik untuk proses mencucuk bagi beliau memahami. Aigoooo~

Khamis, 27 September 2012

Bunga nan Ungu

"Kalo sume bunga ungu warnanya, apalah erti keindahan sebuah taman."
Kekata yang aku kutip dari majalah Blues, nukilan penulis Brad - si paku leper yang berperanan melengkapkan letak duduk sang atap & menghalang titis hujan dari terserap.

Kekata yang cukup jelas maksudnya.

Andai sume orang perangainya sama, takde la istilahnya manusia bermacam rupa & gaya. Takde la pulak disuruh manusia saling kenal sesama manusia dengan mengabaikan faktor rupa, warna kulit & geografi.

Atas sebab yang sama, ada manusia yang mudahnya dapat berkawan, dan ada yang sebaliknya.

Ada yang luaran jauh berbeza dari hakikat yang sebenar. Lalu wujud la ungkapan, jangan dinilai buku dari kulitnya.

Tapi kerana manusia itu sifatnya melihat dengan mata, maka apa yang terlihat itu la yang pertama terakam di minda. Hanya bila peranan fikiran digunapakai sepenuhnya, baru la yang tersirat akan tersingkap.

Kata manusia juga, takde yang sempurna sifatnya.

Kerana yang meletak nilai kesempurnaan, manusia sendiri hakimnya. Manusia jelasnya tak sama, lalu apa saja yang manusia putuskan takkan mungkin penuhi citarasa semua manusia yang ada.

Kerana aku juga manusia, pada aku mengharapkan yang indah-indah dalam setiap kronologi hidup adalah ilusi semata. Yang bukan saja mendatangkan hampa yang bukan sikit bila angan-angan terbabas dari laluan yang ada, malah yang takkan mungkin berulang semula ada masa & peluang yang pernah datang.

Dan kerana yang mengharap itu juga manusia, yang memenuh dalam ruang pertimbangan adalah impian manis yang berbunga-bunga.

Apa yang aku harapkan, mungkin benar.
Tapi apa yang beliau impikan jugak, mungkin boleh jadi benar.

Selaku manusia, berharap, berusaha, menerima apa takdirnya. Andai ia semacam diangankan alhamdulillah & semoga yang manis-manis terus jadi kenyataan. Andai hakikat tak sesempurna ilusi, terima & suka seadanya jauh lebih baik dari utamakan kecewa yang pasti ada.

Ia tak mudah.
Tapi tak sepayah langsung tak mencuba.


P/S: Manusia - pelupa makhluknya.


Rabu, 26 September 2012

Hilang~~

Hidup dalam kenangan adalah kurang bagus dalam sesetengah keadaan.

Terutama bila langkah dah menginjak jauh dari titik kenangan & lebih-lebih lagi andai perawakan turut melalui fasa perubahan.

Yang berubah adalah luaran & fizikal, tapi apa yang tersebati selaku darah daging tak sesekali padam walau bagaimana jasmani terlihat. Dan sesatunya yang kekal adalah kenangan.

Aiseh.

Malangnya. Waktu tapak perubahan tuh diorak, semua yang ada di sisi turut ditinggalkan, yang terkandung bersama hanya keinginan dan sejalur rasa mau terus mencapai bintang tanpa ketinggalan dek yang lain yang dah lama terkehadapan.

Jaraknya tak jauh, tapi untuk samakan tahap terlalu banyak yang mesti dipertimbangkan. Dan apa saja yang melibatkan fasa perubahan, hal yang pasti adalah pengorbanan.

Sedar atau tidak, hakikat terbaik yang satu masa adalah sesatunya kebanggaan, kini cuma kenangan paling nyata. Jujurnya, ia satu kenyataan pahit yang payahnya nak dihadam. Membawanya semula ke pangkuan adalah tidak mustahil, tapi bak besi yang lama tak digunakan, menghilangkan karat yang tersebati tuh sendiri bukan usaha yang mudah.

Justeru, kehilangan itu pasti tatkala ia hanya pinjaman semata. Cuma menerima ada apa dengan hati terbuka tak semudah berkata-kata. Ia pahit & nyeri. Pedih dan melukakan. Parut yang kekal akan terus membangkitkan rasa terkilan.

Heh, tak heran la kena tempelak tempohari. I deserved it. Adeshhh~

Dalam satu ruang otak, ia masih kelihatan mudah, kerana ia milik aku.

Parahnya, it wasn't mine anymore.
Since past 5 years.



P/S: Teringin pulak mencari apa yang penah hilang tuh. Should I? Keke~

Jumaat, 21 September 2012

Hari Ini

Baik la, ada beberapa perkara yang menghakis neuron otak hari neh.

Selain dari perubahan plan Mac 2013 yang agak mengejutkan serta hampir takde pape yang boleh dilakukan untuk mengubah balik apa yang sedang jadi penghalang, perkara-perkara lain pon turut menyumbang penyahgunaan logik akal gamaknya.

Raya haji neh dapat cuti kot, alhamdulillah. Walopon memang ada suara-suara kurang puas hati sebab raya puasa ari tuh pon aku bercuti, tapi bolayankan saje la. Lalalalalalalala~

Senyum segaris yang kendiannya sengaja dipadamkan pon, erk.. antara penyebab kepelikan hari nih jugak. [nak jugak mention......]

Dannnnnn.

Motip ramai pulak bebudak yang dikenali sedang menukar status masing-masing dengan rakus?

Yela yela takde nak komplen pon, terkujat jeh sape suh member ngan katak nyorok bawah tempurung tatau kaler langit yang luas tuh biru ke putih kan dah jakun sorang-sorang.




P/S: Tamatttt. Tapi kan, kalo kenduri anda bulan 3, ia akan bertindih dengan plan mega Mac 2013, jadi saya tak boleh hadir kerana jasad kasar tak boleh berada di dua lokasi dalam masa yang sama, sekian fyi. Lalalala~

Khamis, 20 September 2012

Back to Work

Kembali ke KL.

Banyaknya dalam list nak kena setelkan neh.

Tapi paling penting, apa masalah blog neh jadik camneh plak? Ia new look yang sungguh la tak disukai. 

Dush.




P/S: Tamo iron baju!

Ahad, 16 September 2012

My Lappy!

Finally online from my very own laptop! Alhamdulillah. Wehehehe~

Walopon asal bukak je dia nak hang bagai nak rak tapi tapela, this is my lappy!

[dan walopon skang sedang online dari brukben pinjam haha]

Miss my lappy very much & should be able to continue downloading anything & everything pasneh. Ia adalah whee hee~~



P/S: Macam nak tukar cover lappy. Hahahaha~

Jumaat, 14 September 2012

Mianhe

Accidentally offended a super sensitive person.
SORRY!!

Tak maksud pape pon, cuma terlanjur memperincikan pendapat sendiri. Sedang mendengar lagu peberet beliau & terkeluarkan komen tak membina yang agak memedihkan telinga.

Seyesly tak sengaja. Cuma terlupa sekejap dengan siapa sedang bercakap waktu tuh. Whee hee, manusia adalah bersifat pelupa terutama bila kehilangan nervous & berada dalam zon selesa. Sekali lagi, maafkan saya, tak sengaja & tak de niat pon nak sakitkan hati & pendengaran sesape walo saya jujur meluahkan kekata tatkala tuh keke.

BTW. Isunya adalah, ada satu lagu Melayu neh, lagu penyanyi pompuan baru, lupa plak tajuk lagu & penyanyinya tapi penyanyi pompuan & lirik sama ada ditulis sendiri & sumbangan ahli keluarga (bak kata member yang sorang neh la).

Personally aku sangat suka certain lirik lagu terutama yang ada maksud & penggunaan perkataan yang best dengan kombinasi yang menarik. Ala-ala puisi atau sajak.

Kontra dengan minat aku tuh, lirik lagu kesukaan beliau neh sungguh la keremajaan belasan tahun dengan kisah puppy love [istilah yang beliau suka gunakan] & ended up dengan sangat la sweet. Kononnya. Yang mana sungguh imaginasi yang penuh ilusi.

Pengulangan sesetengah perkataan yang bukan je tak meninggalkan kesan plus tak jadi nilai tambah pape pada lagu/lirik tersebut sebaliknya dah semacam satu kekurangan yang nyata. Dannnnnn, sekali lagi, secara peribadinya ia agak annoying to keep listening to it. Liriknya la.

Silapnya adalah, selalunya aku hadamkan diam-diam jeh ketidaksukaan terhadap pape terutama bila dengan beliau yang sorang neh, cuma tadi mungkin ada sikit kesilapan teknikal menyebabkan komentar jujur lagi iklas laju jeh meluncur. Lalu apa lagik, nyaris meletup jugak la beliau.

Tak pasal-pasal la sesi tadah telinga dek topik sume orang ada pendapat & kesukaan sendiri jadi kena faham sume orang takkan sama mungkin ada yang suka mungkin tidak.

[yang mana rasanya molek jugak kalo praktikkan pada diri sendiri tuh wehehehe]

Atas dasar situasi & keadaan aku la yang bersalah. Umpamanya ke rumah orang dan dihidang air sambil menonton rancangan TV yang kita tak suka lantas keluarkan komen yang keras & tak sedap didengar.

Janji, pasneh extra careful!



P/S: Not a soft toy~