"Kalo sume bunga ungu warnanya, apalah erti keindahan sebuah taman."Kekata yang aku kutip dari majalah Blues, nukilan penulis Brad - si paku leper yang berperanan melengkapkan letak duduk sang atap & menghalang titis hujan dari terserap.
Kekata yang cukup jelas maksudnya.
Andai sume orang perangainya sama, takde la istilahnya manusia bermacam rupa & gaya. Takde la pulak disuruh manusia saling kenal sesama manusia dengan mengabaikan faktor rupa, warna kulit & geografi.
Atas sebab yang sama, ada manusia yang mudahnya dapat berkawan, dan ada yang sebaliknya.
Ada yang luaran jauh berbeza dari hakikat yang sebenar. Lalu wujud la ungkapan, jangan dinilai buku dari kulitnya.
Tapi kerana manusia itu sifatnya melihat dengan mata, maka apa yang terlihat itu la yang pertama terakam di minda. Hanya bila peranan fikiran digunapakai sepenuhnya, baru la yang tersirat akan tersingkap.
Kata manusia juga, takde yang sempurna sifatnya.
Kerana yang meletak nilai kesempurnaan, manusia sendiri hakimnya. Manusia jelasnya tak sama, lalu apa saja yang manusia putuskan takkan mungkin penuhi citarasa semua manusia yang ada.
Kerana aku juga manusia, pada aku mengharapkan yang indah-indah dalam setiap kronologi hidup adalah ilusi semata. Yang bukan saja mendatangkan hampa yang bukan sikit bila angan-angan terbabas dari laluan yang ada, malah yang takkan mungkin berulang semula ada masa & peluang yang pernah datang.
Dan kerana yang mengharap itu juga manusia, yang memenuh dalam ruang pertimbangan adalah impian manis yang berbunga-bunga.
Apa yang aku harapkan, mungkin benar.
Tapi apa yang beliau impikan jugak, mungkin boleh jadi benar.
Selaku manusia, berharap, berusaha, menerima apa takdirnya. Andai ia semacam diangankan alhamdulillah & semoga yang manis-manis terus jadi kenyataan. Andai hakikat tak sesempurna ilusi, terima & suka seadanya jauh lebih baik dari utamakan kecewa yang pasti ada.
Ia tak mudah.
Tapi tak sepayah langsung tak mencuba.
P/S: Manusia - pelupa makhluknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan