Jumaat, 14 September 2012

Mianhe

Accidentally offended a super sensitive person.
SORRY!!

Tak maksud pape pon, cuma terlanjur memperincikan pendapat sendiri. Sedang mendengar lagu peberet beliau & terkeluarkan komen tak membina yang agak memedihkan telinga.

Seyesly tak sengaja. Cuma terlupa sekejap dengan siapa sedang bercakap waktu tuh. Whee hee, manusia adalah bersifat pelupa terutama bila kehilangan nervous & berada dalam zon selesa. Sekali lagi, maafkan saya, tak sengaja & tak de niat pon nak sakitkan hati & pendengaran sesape walo saya jujur meluahkan kekata tatkala tuh keke.

BTW. Isunya adalah, ada satu lagu Melayu neh, lagu penyanyi pompuan baru, lupa plak tajuk lagu & penyanyinya tapi penyanyi pompuan & lirik sama ada ditulis sendiri & sumbangan ahli keluarga (bak kata member yang sorang neh la).

Personally aku sangat suka certain lirik lagu terutama yang ada maksud & penggunaan perkataan yang best dengan kombinasi yang menarik. Ala-ala puisi atau sajak.

Kontra dengan minat aku tuh, lirik lagu kesukaan beliau neh sungguh la keremajaan belasan tahun dengan kisah puppy love [istilah yang beliau suka gunakan] & ended up dengan sangat la sweet. Kononnya. Yang mana sungguh imaginasi yang penuh ilusi.

Pengulangan sesetengah perkataan yang bukan je tak meninggalkan kesan plus tak jadi nilai tambah pape pada lagu/lirik tersebut sebaliknya dah semacam satu kekurangan yang nyata. Dannnnnn, sekali lagi, secara peribadinya ia agak annoying to keep listening to it. Liriknya la.

Silapnya adalah, selalunya aku hadamkan diam-diam jeh ketidaksukaan terhadap pape terutama bila dengan beliau yang sorang neh, cuma tadi mungkin ada sikit kesilapan teknikal menyebabkan komentar jujur lagi iklas laju jeh meluncur. Lalu apa lagik, nyaris meletup jugak la beliau.

Tak pasal-pasal la sesi tadah telinga dek topik sume orang ada pendapat & kesukaan sendiri jadi kena faham sume orang takkan sama mungkin ada yang suka mungkin tidak.

[yang mana rasanya molek jugak kalo praktikkan pada diri sendiri tuh wehehehe]

Atas dasar situasi & keadaan aku la yang bersalah. Umpamanya ke rumah orang dan dihidang air sambil menonton rancangan TV yang kita tak suka lantas keluarkan komen yang keras & tak sedap didengar.

Janji, pasneh extra careful!



P/S: Not a soft toy~

Tiada ulasan: