Hidup dalam kenangan adalah kurang bagus dalam sesetengah keadaan.
Terutama bila langkah dah menginjak jauh dari titik kenangan & lebih-lebih lagi andai perawakan turut melalui fasa perubahan.
Yang berubah adalah luaran & fizikal, tapi apa yang tersebati selaku darah daging tak sesekali padam walau bagaimana jasmani terlihat. Dan sesatunya yang kekal adalah kenangan.
Aiseh.
Malangnya. Waktu tapak perubahan tuh diorak, semua yang ada di sisi turut ditinggalkan, yang terkandung bersama hanya keinginan dan sejalur rasa mau terus mencapai bintang tanpa ketinggalan dek yang lain yang dah lama terkehadapan.
Jaraknya tak jauh, tapi untuk samakan tahap terlalu banyak yang mesti dipertimbangkan. Dan apa saja yang melibatkan fasa perubahan, hal yang pasti adalah pengorbanan.
Sedar atau tidak, hakikat terbaik yang satu masa adalah sesatunya kebanggaan, kini cuma kenangan paling nyata. Jujurnya, ia satu kenyataan pahit yang payahnya nak dihadam. Membawanya semula ke pangkuan adalah tidak mustahil, tapi bak besi yang lama tak digunakan, menghilangkan karat yang tersebati tuh sendiri bukan usaha yang mudah.
Justeru, kehilangan itu pasti tatkala ia hanya pinjaman semata. Cuma menerima ada apa dengan hati terbuka tak semudah berkata-kata. Ia pahit & nyeri. Pedih dan melukakan. Parut yang kekal akan terus membangkitkan rasa terkilan.
Heh, tak heran la kena tempelak tempohari. I deserved it. Adeshhh~
Dalam satu ruang otak, ia masih kelihatan mudah, kerana ia milik aku.
Parahnya, it wasn't mine anymore.
Since past 5 years.
P/S: Teringin pulak mencari apa yang penah hilang tuh. Should I? Keke~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan