Buku ni agak berbeza dari buku-buku beliau sebelum nih - gabungan 5 cerita dalam 1 novel. Pengikat kepada kelima-lima cerita adalah watak sorang penulis yang mengalami kebejatan minda yang menyebabkan beliau melihat ilusi rekaan minda selaku realiti.
Mimpi dalam mimpi.
Buku ni semacam pecahan kepada kebanyakan elemen yang selalu ada dalam novel RAM. Elemen thriller, cinta, seram etc. yang selalunya gabungan dalam sesebuah cerita kali ni dipecahkan dan dipanjanglebarkan dalam sebuah kisah.
Setiap cerita bertunjangkan hanya satu tema. Still, RAM masih mampu memberi kejutan dalam setiap kisah. Humor serius dari watak pesara polis, keterbalikan dalam kisah sang bunian, keadilan tanpa hukuman dalam fokus sejarah, dan cerita binatang yang mampu berbicara persis kisah dongeng rakyat.
Lain dari yang biasa, tapi unsur kejutan untuk memuaskan pembaca masih ada.

RAM & thriller adalah sesuatu yang tak boleh dipisahkan, tapi kisah cinta pure dari beliau terasa agak pelik. Erk, beliau ada this grease side as well.
Peberet aku dalam novel ni ialah tang impian sorang guard muda untuk memiliki sebuah kereta kancil. Wheee sangat realistic. Sila percaya, orang semacam neh masih wujud dalam dunia nyata.
P/S: Tak sabar tunggu novel baru beliau - gabungan hero-hero/watak utama - dalam satu cerita.