Ahad, 13 Januari 2013

Friendship

Friendship.

Sampai bila-bila pon perkataan nih masih mengandungi rahsia tersendiri.

Kerana jujur & iklas tuh umpamanya sekor semut hitam di atas seketul batu hitam di malam yang gelita. Ada, tapi hampir mustahil kenampakan.

Dan tatkala sesuatu, atau sesorang disangka kawan tiba-tiba melakukan sesuatu yang pada perkiraan mata kasar adalah sebuah pengkhianatan, di mana titik sebenar erti persahabatan.

Sahabat, susahnya sepayah mencari jarum dalam timbunan jerami. Sulitnya sesukar menarik rambut dalam tepung supaya rambut tak putus tepung tak berselerak.

Cuma, kerana hidup ni aneh & sentiasa di luar jangka, sahabat kadang muncul begitu saja. Tanpa sebab tanpa usaha.

Kerana perancanganNya adalah sebaik rancangan, sedang manusia menilai-nilai berdasarkan minda yang Dia bekalkan.

Kawan. Sampai bila-bila ia masih misteri.

Dan si penambahan yang sentiasa punya peluang jalani hidup adanya sifatnya, ternyata hakikat kadang mengelirukan sepertinya imaginasi yang sentiasa tak berdinding.


P/S: Subhanallah. Segalanya aneh.

Tiada ulasan: