Khamis, 24 Januari 2013

Nasihat

Nasihat & teguran kesahnya adalah dua menda yang berbeza, tak sama serta tak serupa.

Teguran tentang sesuatu, mungkin kerana sesuatu yang semasa, yang sedang dipraktikkan tuh, adalah kurang tepat, justeru teguran adalah bermaksud membetulkan apa yang sedikit kurang betul, atau, mungkin sedikit silap.

Nasihat tentang sesuatu, mungkin lebih kepada peringatan. Apa yang sedang dipraktikkan sekarang tak semestinya salah, atau silap, cuma, mungkin dari sesetangah sudut ia kelihatan hampir atau condong kepada bakal berlakunya kesilapan lalu sekadar sebuah ingatan tentang apa yang betul dan apa yang salah.

Nasihat, atau teguran, andai penerimaan terhadap keduanya disalahanggap selaku kesengajaan mencari kesilapan sesorang atau apa yang sedang dipraktikkan sekarang, lalu ia adalah kesilapan yang mungkin bakal menjadi kesalahan besar.

Untuk lebih kepastian, guideline Islam sentiasa ada untuk dibandingkan.

Tak salah untuk sentiasa merujuk kepada garis panduan walau setua mana sesorang. Umur yang berangka-angka tak bermaksud dah cukup bijak untuk membuat keputusan sendiri tanpa memerlukan sebarang garis panduan.

Nama pun manusia - mahkluk yang bersifat pelupa.

Bertanya tatkala tidak pasti, adalah bodoh sementara. Setelah tau, takla bodoh lagi.
Tapi tak pasti & teruskan dengan ketidakpastian, adalah bodoh lama. Bodoh, dan hidup dalam kebodohan. Ia adalah kerugian besar terutama pada diri sendiri.




P/S: Wheeee~

Tiada ulasan: