Isnin minggu lepas, helmet aku hilang.
Sedang berseronok nak balik keje bila tetibe pasan helmet takde kat tempat sepatutnya. Jam menunjukkan 1830.
Kawasan keje yang sangat tak mesra public transport serta aku yang tak penah cuba menggunakan servis tersebut menyebabkan perpeluhan akibat terkejut & takut berlaku - risau tatau cemana nak balik.
Cuma sangat nasib baik, ada opismate yang baik hati tolong hantarkan balik, dan ada helmet kawan ex-hosmet untuk digunakan dalam masa terdekat.
Alhamdulillah.
Sabtu hari tuh patutnya hari shopping helmet baru, tapi dek hujan dan tetibe rasa kurang rajin maka urusan tersebut ditangguhkan.
Highlight cerita ini ialah pagi nih, tatkala sampai kat opis pagi tadi, tengah seronok parking tetibe ternampak seketul helmet.
Dari jauh terasa berdebar-debar pulak, takkan aku punya plak. Adakah orang yang mengambik helmet tersebut tetibe rasa insaf & pulangkan beliau?
Jalan pepelan ke arah helmet yang nampak kesunyian tuh.
Ta-dah.
Memang helmet aku. All the scratch yang disebabkan tergesel dekat grill, dinding etc. serta segala spesies minyak hitam segala kat wizer, dan paling penting, bekas tali pengikat yang ada kesan terpotong - tuh memang keje aku gi potong.
Memang helmet aku.
Alhamdulillah sangat.
Tetibe rasa nak melonjak-lonjak bahagia kat tempat parking. Tak pasal-pasal tersengeh-sengeh macam kerang busuk sambil berjalan menapau nes ais.
Walopon ada kesan wizer cuba ditanggalkan & kesannya wizer dah agak longgar tapi tade hal la. Memang nak tukar pon wizer tuh.
Pada inche yang mengambik helmet tersebut, dan memulangkannya balik, time kasih bebanyak la saya ucapkan ye.
Mencurik nih tak baik, tapi kalo lenkalik nak pinjam, habaq la sat. Jangan le gurau tak bape kelakar gini, cuak teman.
Kalau mintak pinjam, insya Allah teman bagik, sungguh tak tipu.
P/S: Patut la tak rajin sangat nak gi beli helmet baru, bakal dapat balik rupanya. Alhamdulillah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan