Rabu, 23 Februari 2011

Dream On~

Nak answer call kat KLCC?

Wah. Kadang-kadang aku mengharapkan ayat tuh lebih dari sekadar sembang-sembang kosong. Agak-agak melampau ke kalau aku mengandaikan itu adalah satu tawaran yang sukat dilepaskan?

Huh. Dream on.

Itu mungkin sekadar ayat penyata tatkala bibir terbisu dek kata-kata yang terkunci.

Tapi, andai tuh satu rezeki, tentu saja aku takkan lepaskan camtu je.


P/S : Busy sungguh akhir-akhir neh agaknya, tu yang dah tak sempat buat lawatan kehormat ke island saya ye? Saya sedey neh. Tsk~

Selasa, 22 Februari 2011

Sweet Sour

Dua berita dalam masa yang sama.

Malam tadi terima berita bahawasanya abang SME yang selalu aku & da gang menumpang kasih sayang & perhatian serta gosip-gosipan dah berpindah base. Dalam erti kata lainnya, beliau dinaikkan pangkat.

Good for him, feel great for him, tapi dari satu sudut yang lain, sangat terasa ketiadaan beliau. Selama berbulan neh, ada masalah pape je gi tanya beliau. Ada pening tak paham pape, pun tanya beliau. Bengang dan nak meluah perasaan pon, carik beliau jugak.

Tau-tau je beliau hilang begitu saja. Tsk. Sungguh ralat.

Tapi, memandangkan tuh adalah rezeki beliau, maka nak tak nak terpaksa la aku & da gang merelakan saja pemergian beliau ke base lain. Rela dalam terpaksa lak rasanya.

Dalam masa yang sama, hari ni menerima berita yang tak kurang baiknya. Star Award untuk agent? Heh, aku mimpi atau ni memang rezeki?

Masih keliru, tapi syukur alhamdulillah.



P/S : Teringin publickan semula blog neh~

Batuk + Sorethroat = MC

Batuk sejak seminggu yang lepas. Bertahan tak amik MC semata-mata nak jaga performance yang membawa maksud allowance. Tapi, anak tekak yang sedia perit makin sakit bila bercakap tak henti.



Purata seratus call setiap hari, purata 3 minit setiap call, yang mana 80% percakapan aku yang conquer. Maka bertambah-tambah la anak tekak nih payah nak baik walapun dah sebotol Woods aku habeskan.

Akhirnya, hari nih amik MC. Tak larat lagi nak bercakap.




Klinik bukak pada 0830. 0820 dah tercongok. Breakfast dulu sementara tunggu klinik bukak. 0840 masuk, diberitahu doktor hanya akan datang jam 0945. Baik. Dab bersedia untuk situasi terburuk, dah bawak novel sesiap. 0940 dipanggil masuk jumpa doktor. Kurang lima minit sesi dah berakhir.

Dapat ubat demam (walopon dah cakap kat doktor saya neh tak demam, sakit tekak je.), ubat batuk, antibiotik dan lozeng.

Justeru seharian neh hanya menonton drama tanpa bukak mulut bercakap pape kecuali untuk makan dan melantak.

MC sehari saja. Jadi tatau apa jadi esok hari. Apakah masih batuk atau akan kurang. Tapi.... kenapa ubat batuk klinik tade kesan ngantuk? Amik Woods sekejap saja mata sangat berat. Apakah dosnya.....


P/S : Saya tak suka seprais abg SME....

Rabu, 16 Februari 2011

Cinta : Satu Kegilaan?

Orang kata, time becinta, sumenya comel, cantik, sempurna. Tatkala dua hati diikat dengan komitmen dan tanggungjawab, waktu baru sedar perwatakan selama neh apa sekadar hiasan untuk mengukuhkan rasa, atau hanya lakonan paling mantap pernah dipertontonkan.




6 bulan pertama ikatan penuh rasa dilalui dengan cukup berhemah. Bangun dengan senyuman, sarapan ala kadar tetap dinikmati penuh kenikmatan, menjelang senja ketemu semula usai kerja, dan malam ditabiri sembang penih tawa. Sesekali merajuk manja, dan pasti dipujuk penuh setia.





Bila hubungan penuh tanggungjawab mula mencecah setahun, tiba-tiba inbox pasangan jadi bahan bacaan. Teman si dia mula dihadkan, penampilannya mula jadi kritikan, dan apa saja tingkah mula dipersoalkan.

Keraguan, ketidakpercayaan, dan was-was mula memainkan peranan.

Justeru, adakah rasa yang berputik dan dipupuk bertahun sebelum secara rasminya bergelar pasangan adalah satu kegilaan?

Kebahagiaan yang selama nih sentiasa berbunga, bayangankah?

Lafaz penuh sungguh-sungguh di hadapan seluruh keluarga, hanya memenuhi janji yang terlafaz secara tak sengajakah?




Mengapa rasa tuh boleh pudar secepat itu?


P/S : Single simple, couple trouble - kata salah sorang ofismate yang buah hatinya disambar kawan sendiri.

*all pic credit to Google~

Jumaat, 11 Februari 2011

Cinta Sufi

Huff~

Off yang berbaloi. Pas brunch, jejalan kat Mid V, beli pape yang patut, kendian ke MPH. Ternampak Cinta Sufi.

Ohh? Aku tak bape suka sambungan trilogi Bagaikan Puteri. Sebab musababnya aku penah nyatakan kat blog sebelum nih, di mana aku tak bape sukakan Sunan yang perfect dan Harlina yang tak sesuai pun ngan hero tuh.





Tapi hari nih 2 jam berteleku kat MPH merenung baris demi baris, page demi page. Hoh, aku tekejut sebab Cinta Sufi tuh sungguh lari dari jangkaan aku. Meleset sama sekali.

Walaupun memang makin agak kurang logik, tapi perincian wataknya sungguh la amat tak serupa dengan apa aku sangka.

Cinta Sufi sentiasa mengingatkan pembaca tentang kewujudan Bagaikan Puteri yang menjadi titik tolak kisah, Cinta Sang Ratu yang semakin mendebarkan, dan Hijab Sang Pencinta yang mencecah klimax. Senang kata, andai teringin mengkhatamkan keempat-empat kisah hanya dengan Cinta Sufi, sekian timekasih. Tak mungkin yer.

Heh, berbaloi walopon naik lenguh pinggang asyik duduk je.

P/S : Sunan yang semakin manusia. Suka~

Khamis, 10 Februari 2011

R3ZeK! & MuSuH

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Tapi hari ni kedua-duanya datang, tanpa dicari atau dimintak.

Cuma turutannya bermula dengan musuh yang tiba-tiba memberang. Seyes, kali nih bukan aku yang sengaja melaser. Hari nih aku baik kot. Heh~

Rezeki plak, jugak muncul tanpa undangan meskipun sentiasa akan diterima dengan nyiru tapak tangan padang bola aku tadahkan.

Buat masa neh masih berpikir antara baik dan buruk. Cuma harap, sume akan berakhir ngan baik.



P/S : Penat pusing Times Square, tak jumpa pon handbag~

Selasa, 8 Februari 2011

Khurafat~

Hoh, dah brapa lama cte nih kua, tapi aku baru je tengok.

Asalnya nak tengok cte lain, memandangkan tiket yang menang pertandingan deco krismas tempohari bakal expired minggu neh, jadi saja gi menonton. Dan tak sangak lak masih ada Khurafat kat panggung.

Walopon Mentholyn dah selamat menonton movie tuh, tapi beliau masih jugak nan menonton untuk kali kedua. Ribuan timekasih diucapkan, tak lupa jugak kepada Nerdy yang sebetulnya mengikut saja walopon beliau tak la begitu berminat dengan cte tuh.
Hoh, motip feeling ucapan timekasih menang anugerah je?

My Review~

Keseluruhan cte tuh best, dengan mengabaikan skrip dan penyampaian dialog dorang yang sungguh la 80-an.

Sekurang-kurangnya jalinan plot dia lengkap jugak, tak tergantung, dan ada kesinambungan.

Keseluruhan cte adalah imbas kembali, bermula dengan kehidupan normal pasangan suami isteri yang baru kawen, kematian penduduk kampung yang ngeri dek bertuankan setan dan nafsu, berkembang dengan gangguan demi gangguan.

Watak bekas teman wanita yang psiko yang membawa kepada kematiannya sendiri, gangguan yang masih tak henti dek kelibut perasaan hingga la membawa kepada kecelakaan yang menimpa si suami.

Penghujung kisah menghuraikan sebab berlakunya segala kejadian dan akibat kepada sume tuh.

Scene paling dikenang?

Heh, motip keje LJ asyik mesti berpeluk keketat ngan SY?

1. Scene Liyana Jasmay nak balik lepas hantar mak mentua dia ke spital kat mana dia disergah hantu dalam kete. Terjerit Icy okeh, hehe~

2. Scene selepas tuh di mana LJ berlari mencarik SY kendian peluk keketat. Hoh, motip tinggi bebenar heel beliau? Kata Nerdy, tuh untuk membolehkan dia memeluk si SY yang tinggi segalah. Hoh~

3. Scene kat mana SY menangis sungguh-sungguh masa tengok mayat sendiri. Seyes, aku percaya dia bebetul nangis walopun aku tak rasa dia nangis sebab menghayati watak.

Tamat.

Akhirnya tertunai jugak angan-angan nak tengok cte neh. Kumawo yer anda yang menemani. =)

Ahad, 6 Februari 2011

Bicara Lidah

Kerana pulut santan binasa, dek mulut badan merana.

Basically tak usah la menyibuk apa yang tak kena mengena ngan kita. Cuma, bila mata dah trasa sakit ngan pemandangan yang sama, telinga dah perit dengan suara yang sangat la annoying, adakala rasa yang cuba nak disabarkan sirna jugak.

Lalu, lantang la lidah berkata-kata. Bicara yang semalam neh cuba nak didiamkankan tak mampu lagi dipendam. Sudahnya, yang dingin jadi marak. Langit yang asalnya mendung kini dah mula terpancar dek kilat. Angin yang semala ni sesekali menderu sekarang bertiup kencang.

Ribut bakal saja muncul bila-bila masa.

Kali ni, bukan lagi bak perahu yang lajaknya boleh diundur. Masa bukannya sesuatu yang boleh dipusing-pusing.

Bermula dengan lidah yang lantang dek rasa yang tak tertahan. And the rest is history.

Terpaksa la berjuang. Cuma, semoga tak kecundang dengan provokasi.

P/S : Perkara yang cuba dielak, akhirnya berlaku. Seyes, aku tak suka sume neh.

Jumaat, 4 Februari 2011

Bogoshipda... HSH!

Saya rindukan kampung.

Mau balik. Kerja kat sana. Supaya setiap hari boleh balik rumah, pandang muka mak bapak, adik-adik, keluarga.
Berhenti dari segala kebosanan di sini. Turutan plot yang sama setiap hari.
Inginkan sebuah rentetan penuh makna.

Suara minda saya yang mulai penat dengan sandiwara demi sandiwara. Senyum berselimut muslihat tak terbayang. Tawa penuh erti tak terfahami. Pandang penuh maksud tak terjangka.

Cuma, hakikatnya tade mimpi yang lebih indah dari kenyataan. Realiti yang pahit, tak mungkin dibandingkan dengan angan paling sempurna. Kerana saat segalanya dilalui, tu la kehidupan yang sejati.

Andai saja saya punyai peluang kembali ke kampung halaman, ke suatu tempat yang sentiasa miliki ruang paling besar dalam lifecycle saya, tade sebarang jaminan saya akan selamat dari seribu macam lakonan dan mereka yang bermuka-muka.

Justeru, penat atau letih, life must go on.

P/S : Mungkinkah penasaran kerana dah lama tade scene ngan MNR? Keke~

Selasa, 1 Februari 2011

Hari Nan Penat~

Public holiday di KL sempena Federal Day. CS cam aku tentu la keje. Bukan la kali pertama keje pada hari cuti umum camneh, tapi ni kali pertama berdepan ngan kemelut customer sengal taleh blah.

Baru call kelima dah dapat lelaki nan kerek. Uff... sungguh, aku ngan bebudak lain seyes sangat alergik ngan lelaki yang kerek. Kebijaksanaan bertingkat-tingkat tak digunakan sepenuhnya. Sijil bergulung-gulung tapi bila dah blame orang ayat pijar memanah-manah. Sarkis sarkas toksah kira, kalah rimau terlatih.

Bila dimaklumkan kena tunggu 3-5 working days untuk case, aku disoal hepikah aku keje ngan company camtuh. Uh, kalo saya kata tak hepi, inche nak tolong gajikan saya pat ribu sebulan ke? Seronok jugak.

Kendian, dapat agi customer yang nak topup, tapi bila tanya nama, no tipon, marah-marah cam aku nak jual no tipon tuh.

Dan, call beeping tak berenti...

Pendek kata cust hari neh memang mencabar keteguhan aku yang memang tak tabah mana neh.

Kemuncaknya bila dapat call dari orang Epay (kot!). Call je terus diserangnya aku.

"Ni kali ke7 saya call! Asyik putus je. You all nih kenapa? Dah taknak keje ke?!"

Diam. Pujuk hati supaya jangan la sentap laju-laju.

"Saya nak cek no siri kad topup, saya ada 9 kat sini, boleh tolong cek untuk saya?!" Ayat manis berlemak, tapi nadanya aduh...

Sebetulnya aku hanya leh cek 5, dan aku memang la sangat strict, apatah lagi bila orang Epay nih rude sangat. Tak mungkin aku bagi muka apatah lagi dia memang sangat sarkis.

"Saya hanya bleh cek hingga 5 no saja Cik." balas aku, agak-agak ayu la kira.

"Habis tuh nak saya call lagi??? Dah la you all neh taknak angkat call! @#$%^**%$#!!" Apa tah lagik dibisingnya.

Haip... aku memang dah lama hangin ngan makcik neh tapi atas nama customer terpaksa la aku tahan. Tapi neh melampaui batas norma kemanusiaan namanya.

"Cik... sekarang neh cik nak saya bantu ke tak ye?"

"Erk..saya nak cik bantu saya!"

Pandai pon pakai bahasa Melayu ngan bijak sikit.

Seyes, aku risau sungguh aku hilang kawalan ngan orang tuh. Beliau tuh memang dah selalu call, dan bukan tatau keje kitorang, tapi still nak cakap ikut suka dia je kalau kehendak dia tuh tak ditunaikan. Blom lagi campur gaya kerek bila salah ulang nombor yang dia sebut.

Uff... hari yang penuh kepenatan.


P/S : Harapkan esok yang lebih baik~