Kerana pulut santan binasa, dek mulut badan merana.
Basically tak usah la menyibuk apa yang tak kena mengena ngan kita. Cuma, bila mata dah trasa sakit ngan pemandangan yang sama, telinga dah perit dengan suara yang sangat la annoying, adakala rasa yang cuba nak disabarkan sirna jugak.
Lalu, lantang la lidah berkata-kata. Bicara yang semalam neh cuba nak didiamkankan tak mampu lagi dipendam. Sudahnya, yang dingin jadi marak. Langit yang asalnya mendung kini dah mula terpancar dek kilat. Angin yang semala ni sesekali menderu sekarang bertiup kencang.
Ribut bakal saja muncul bila-bila masa.
Kali ni, bukan lagi bak perahu yang lajaknya boleh diundur. Masa bukannya sesuatu yang boleh dipusing-pusing.
Bermula dengan lidah yang lantang dek rasa yang tak tertahan. And the rest is history.
Terpaksa la berjuang. Cuma, semoga tak kecundang dengan provokasi.
P/S : Perkara yang cuba dielak, akhirnya berlaku. Seyes, aku tak suka sume neh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan