Selasa, 1 Februari 2011

Hari Nan Penat~

Public holiday di KL sempena Federal Day. CS cam aku tentu la keje. Bukan la kali pertama keje pada hari cuti umum camneh, tapi ni kali pertama berdepan ngan kemelut customer sengal taleh blah.

Baru call kelima dah dapat lelaki nan kerek. Uff... sungguh, aku ngan bebudak lain seyes sangat alergik ngan lelaki yang kerek. Kebijaksanaan bertingkat-tingkat tak digunakan sepenuhnya. Sijil bergulung-gulung tapi bila dah blame orang ayat pijar memanah-manah. Sarkis sarkas toksah kira, kalah rimau terlatih.

Bila dimaklumkan kena tunggu 3-5 working days untuk case, aku disoal hepikah aku keje ngan company camtuh. Uh, kalo saya kata tak hepi, inche nak tolong gajikan saya pat ribu sebulan ke? Seronok jugak.

Kendian, dapat agi customer yang nak topup, tapi bila tanya nama, no tipon, marah-marah cam aku nak jual no tipon tuh.

Dan, call beeping tak berenti...

Pendek kata cust hari neh memang mencabar keteguhan aku yang memang tak tabah mana neh.

Kemuncaknya bila dapat call dari orang Epay (kot!). Call je terus diserangnya aku.

"Ni kali ke7 saya call! Asyik putus je. You all nih kenapa? Dah taknak keje ke?!"

Diam. Pujuk hati supaya jangan la sentap laju-laju.

"Saya nak cek no siri kad topup, saya ada 9 kat sini, boleh tolong cek untuk saya?!" Ayat manis berlemak, tapi nadanya aduh...

Sebetulnya aku hanya leh cek 5, dan aku memang la sangat strict, apatah lagi bila orang Epay nih rude sangat. Tak mungkin aku bagi muka apatah lagi dia memang sangat sarkis.

"Saya hanya bleh cek hingga 5 no saja Cik." balas aku, agak-agak ayu la kira.

"Habis tuh nak saya call lagi??? Dah la you all neh taknak angkat call! @#$%^**%$#!!" Apa tah lagik dibisingnya.

Haip... aku memang dah lama hangin ngan makcik neh tapi atas nama customer terpaksa la aku tahan. Tapi neh melampaui batas norma kemanusiaan namanya.

"Cik... sekarang neh cik nak saya bantu ke tak ye?"

"Erk..saya nak cik bantu saya!"

Pandai pon pakai bahasa Melayu ngan bijak sikit.

Seyes, aku risau sungguh aku hilang kawalan ngan orang tuh. Beliau tuh memang dah selalu call, dan bukan tatau keje kitorang, tapi still nak cakap ikut suka dia je kalau kehendak dia tuh tak ditunaikan. Blom lagi campur gaya kerek bila salah ulang nombor yang dia sebut.

Uff... hari yang penuh kepenatan.


P/S : Harapkan esok yang lebih baik~

Tiada ulasan: