Ahad, 30 Januari 2011

SMvRTPHON3

Hoh~ Mood agak sakit. Kena bebel tanpa amaran dek jawapan-melepaskan-diri untuk customer.

Hari ni QA berlegar dalam floor, gigih bertebaran menganalisa call agent secara direct. Atas alasan dapat banyak complaint dari customer maka kami diuji secara langsung.

Oh, complaint apa? Berkenaan product. Dan sume kesilapan memang agent la yang mesti bertanggungjawab walaupun ia bertitiktolak dari customer yang suka buat macam-macam dengan tepon dorang.

Dan kebetulan semasa turn aku, dua call berturut dek GPRS charges sebab customer guna smart phone & Black Berry (BB) yang memang auto-connect ke internet. Standard advice untuk pengguna dua jenis phone ni memang mesti ke Maxis Centre untuk offkan data service.

Apa? Kenapa aku tak assist nak offkan bendalah tu?

Sebab ruang lingkup kerja aku adalah produk, bukan phone. 3 minggu training dan nota-nota masa tuh sentiasa ada ngan aku, dan tak penah gagal mengelek bendalah tuh ke floor setiap hari. Dan tak sehelai pun manual tuh mengajar apa yang ada dalam menu untuk BB, HTC, Sone Ericsson, Nokia, CSL atau telepon lain.

Tapi, atas alasan apa, QA yang kebetulan happen to analyze call tadi bebel aku cukup-cukup. Siap letakkan diri dia kat tempat customer. Ada demo lagi. BB nya dikeluarkan dan diserah pada aku.

"Carikan saya data services kat mana."


HTC~ Smartphones~

Blackberry~


Dan aku terkelip-kelip kalah ayam berak kapur. That was my first time holding BB. Phone aku pon cikai je, CSL yang tak cecah RM200 pon.

"And if i am a customer, u are not helping me by asking me to view each of my folder. "

Oh, perlu ke aku tau sejibik-sejibik apa ada dalam setiap henpon? Apa kaitan tuh sume ngan ruang lingkup keje aku?

Malangnya kekata tuh hanya tersekat di kerongkong.

Saya tak tahu. Kata aku sambil merenungnya dari atas spek.


P/S : Showing off hanya kerana anda di posisi untuk berkelakuan camtuh?

Tiada ulasan: