Jumaat, 21 Januari 2011

Orang Luar : Antara Penyambung & Pemutus

Orang ketiga - orang luar dalam sesuatu hubungan. Sama ada hubungan suami isteri, sahabat kawan, mau pun hosmet rumet.

Orang ketiga andai bijak memainkan peranan, akan terbantu la sesuatu kemelut. Tapi, kalau perasaan jadi nakhoda, yang retak bukan hanya terbelah, malah boleh ranap sama sekali.

Contohnya, tatkala sepasang suami isteri berkonflik, lalu si isteri mau si suami memilih untuk sesama mendiamkan diri kononnya mau pasangan paham dengan sendiri. Waktu macam neh selalunya akan wujudnya orang ketiga, selaku tempat meluahkan tekanan.

Cuma, pada aku, kehadiran orang ketiga atau orang luar neh lebih baik jangan diundang. Golongan neh penting untuk bantu redakan keadaan kalau penglibatannya secara tak langsung. Tapi apabila campur tangan dah melebih, maka situasi akan menjadi bak lebih sudu dari kuah.

Umpamanya, bila orang luar tuh ipai duai. Adik beradik sendiri, tentu la cubit paha kanan paha kiri pun terasa. Tapi, selaku pendengar sebelah pihak, adalah sangat tak adil untuk jatuhkan hukum tanpa mendengar dari lagi satu side.

Jawapan skema, berbincang la sesama terlebih dulu. Mungkin bila kena masa dan keadaannya, banyak ikatan nan kusut leh terlerai. Tapi, jawapan camni selalunya akan disanggah - tak mungkin~! Perbincangan lansgung takde ruang, mustahil sama sekali.

Setahun hidup sesama, langsung tade kenangan manis ke untuk diingat selaku ubat apabila keadaan keruh kadang kala?
Buruk sungguhkah si pasangan sampai secebis peluang pon tamo diberi?
Andai macam tu sekali dahsyat kerenahnya, kenapa ikatan seserius itu jadi pilihan?





Seyes, duk semeja, buka hati dan tadah la tinga, berbincang adalah perkara terbaik. Mungkin sukar mulanya untuk mulakan kata, tapi apa salahnya cuba sedaya yang dapat untuk selamatkan sesuatu yang mungkin bakal terlerai hanya dengan luangkan masa untuk mendengar.

Beliau pun, sebahagian dari kehidupan selama ni, kan?


P/S : Orang ketiga, rasanya lebih baik kalau banyakkan sabar, kuncikan kata-kata, simpan dulu bicara rasa, dan beri la peluang mereka lontarkan rasa. Anda bukan watak utama, justeru sila pahami letak duduk anda.

Tiada ulasan: