Jumaat, 7 Januari 2011

Thailand Movie : My Ex Haunting Lover


Balik menonton Thailand Movie, walopon RM11 cam tak berapa ada maknanya, tapi memandangkan menonton sekadar melepaskan bebanan pundak serta sesaja kua ngan member, maka takde la ralat sangat.

Kisah yang bermula dengan kecurangan sorang lelaki - Aof, diikuti skandal lelaki tuh yang jatuh dari roof top dengan lehernya terhentak ke pinggir kolam renang sebelum terseret terjatuh dalam kolam. Darah memenuh kat mana-mana.
Plot berkembang dengan kisah di mana skandal lelaki tuh - Ying - trus muncul dalam bentuk hantu yang kepalanya pecah berdarah-darah, menghantui plak awek Aof - Cee.
Yang menjadi issue adalah Ying hanya mengganggu Cee, bukannya Aof.
Untuk melupakan gangguan tuh, Cee bercuti bersama dua kawannya, Ae & Bee bersama kakak tirinya.
Masa neh gangguan Ying makin menjadi-jadi, hingga kekawan Cee terbunuh. Cee plak sangat terganggu hingga kemuncaknya telah menyebabkan kematian orang lain.

Pandangan aku.

1. Keseluruhannya,agak kureng compare dengan movie Thailand yang lain. Antaranya, hantu tuh sendiri, yang cedera truk tang leher, tapi tetibe kepala dia plak yang nampak pecah semacam, watak 2nd hero yang tatau mana pentingnya dia.

2. Memang horror movie dengan scene-scene yang memang boleh mengganggu rentak larian jantung.

3. Konklusinya, kisah neh bagi aku adalah kisah tentang Cee yang psiko. Bagaimana dunia dari pandangan mata dia.


P/S : Teringin nak gi tengok Khurafat pulak. :)

Tiada ulasan: