Isnin, 3 Januari 2011

Prank Call

Sedang aman mendonlod korean concert kat sini tetibe tipon memekak ngan jayanya.

Unknown number.

Uff... aku tak bape suka nak jawab call camneh, lelebih lagi ari ahad nan tenang serta aman damai neh. Tapi akhirnya jawab jugak.

"Hello, saya dari Balai Polis Kuantan." kata suara sebelah sana, lelaki.

Ya? aku agak cuak. Harus la, aku ada adik sorang tengah study kat Kuantan tuh.

"Cik ada kehilangan purse ke?" soalnya.

Uik, aku memang ada kena ragut dulu, tapi setahun yang lepas. Tapi kena ragutkat KL, apehal lak sampai Kuantan purse aku tuh?
Heh... something fishy.

"Takde." jawab aku kompiden.

"Awak tak kenal saya?"

"Tak."

"Awak tak kenal saya?"
Soalnya lagik, mendesak.

"Tak." aiseh, aku rasa aku kenal suara neh.

"Macamana boleh tak kenal saya?! You dont know who I am??" Ehh... speaking pulak dia.

"You are the one who calling, why should I know you??" Hah, datang sarcastic aku. Ni personal phone, so aku jawab je sesarkas yang boleh.




"Because I'm you BRO~!!" Meledak marah beliau.

"So?" Balas aku selamba.

Heh, kan aku dah cakap suara tuh cam dikenali.

Panggilan pertama dari abang aku menggunakan nombor baru yang tunang dia belikan. Apa kekdahnya nak tukar nombor bagai tatau la aku. Tapi, sape suh kenakan aku? Kan sendirik yang marah, hehe.

Beliau merajuk sampai tamo cakap ngan aku, konon aku lupa abang sendirik. Heh~



P/S : Prank caller, aku ke beliau? Ehehe...

Tiada ulasan: