Saya rindukan kampung.
Mau balik. Kerja kat sana. Supaya setiap hari boleh balik rumah, pandang muka mak bapak, adik-adik, keluarga.
Berhenti dari segala kebosanan di sini. Turutan plot yang sama setiap hari.
Inginkan sebuah rentetan penuh makna.
Suara minda saya yang mulai penat dengan sandiwara demi sandiwara. Senyum berselimut muslihat tak terbayang. Tawa penuh erti tak terfahami. Pandang penuh maksud tak terjangka.
Cuma, hakikatnya tade mimpi yang lebih indah dari kenyataan. Realiti yang pahit, tak mungkin dibandingkan dengan angan paling sempurna. Kerana saat segalanya dilalui, tu la kehidupan yang sejati.
Andai saja saya punyai peluang kembali ke kampung halaman, ke suatu tempat yang sentiasa miliki ruang paling besar dalam lifecycle saya, tade sebarang jaminan saya akan selamat dari seribu macam lakonan dan mereka yang bermuka-muka.
Justeru, penat atau letih, life must go on.
P/S : Mungkinkah penasaran kerana dah lama tade scene ngan MNR? Keke~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan