Asalnya nak tengok cte lain, memandangkan tiket yang menang pertandingan deco krismas tempohari bakal expired minggu neh, jadi saja gi menonton. Dan tak sangak lak masih ada Khurafat kat panggung.
Walopon Mentholyn dah selamat menonton movie tuh, tapi beliau masih jugak nan menonton untuk kali kedua. Ribuan timekasih diucapkan, tak lupa jugak kepada Nerdy yang sebetulnya mengikut saja walopon beliau tak la begitu berminat dengan cte tuh.
My Review~
Keseluruhan cte tuh best, dengan mengabaikan skrip dan penyampaian dialog dorang yang sungguh la 80-an.
Sekurang-kurangnya jalinan plot dia lengkap jugak, tak tergantung, dan ada kesinambungan.
Keseluruhan cte adalah imbas kembali, bermula dengan kehidupan normal pasangan suami isteri yang baru kawen, kematian penduduk kampung yang ngeri dek bertuankan setan dan nafsu, berkembang dengan gangguan demi gangguan.
Watak bekas teman wanita yang psiko yang membawa kepada kematiannya sendiri, gangguan yang masih tak henti dek kelibut perasaan hingga la membawa kepada kecelakaan yang menimpa si suami.
Penghujung kisah menghuraikan sebab berlakunya segala kejadian dan akibat kepada sume tuh.
Scene paling dikenang?
Heh, motip keje LJ asyik mesti berpeluk keketat ngan SY?
1. Scene Liyana Jasmay nak balik lepas hantar mak mentua dia ke spital kat mana dia disergah hantu dalam kete. Terjerit Icy okeh, hehe~
2. Scene selepas tuh di mana LJ berlari mencarik SY kendian peluk keketat. Hoh, motip tinggi bebenar heel beliau? Kata Nerdy, tuh untuk membolehkan dia memeluk si SY yang tinggi segalah. Hoh~
3. Scene kat mana SY menangis sungguh-sungguh masa tengok mayat sendiri. Seyes, aku percaya dia bebetul nangis walopun aku tak rasa dia nangis sebab menghayati watak.
Tamat.
Akhirnya tertunai jugak angan-angan nak tengok cte neh. Kumawo yer anda yang menemani. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan