Jumaat, 11 Februari 2011

Cinta Sufi

Huff~

Off yang berbaloi. Pas brunch, jejalan kat Mid V, beli pape yang patut, kendian ke MPH. Ternampak Cinta Sufi.

Ohh? Aku tak bape suka sambungan trilogi Bagaikan Puteri. Sebab musababnya aku penah nyatakan kat blog sebelum nih, di mana aku tak bape sukakan Sunan yang perfect dan Harlina yang tak sesuai pun ngan hero tuh.





Tapi hari nih 2 jam berteleku kat MPH merenung baris demi baris, page demi page. Hoh, aku tekejut sebab Cinta Sufi tuh sungguh lari dari jangkaan aku. Meleset sama sekali.

Walaupun memang makin agak kurang logik, tapi perincian wataknya sungguh la amat tak serupa dengan apa aku sangka.

Cinta Sufi sentiasa mengingatkan pembaca tentang kewujudan Bagaikan Puteri yang menjadi titik tolak kisah, Cinta Sang Ratu yang semakin mendebarkan, dan Hijab Sang Pencinta yang mencecah klimax. Senang kata, andai teringin mengkhatamkan keempat-empat kisah hanya dengan Cinta Sufi, sekian timekasih. Tak mungkin yer.

Heh, berbaloi walopon naik lenguh pinggang asyik duduk je.

P/S : Sunan yang semakin manusia. Suka~

Tiada ulasan: