Selasa, 26 April 2011

Cik Tenuk

Setel sumenya. Tinggal bersiap nak ke stesen bas dan menaiki bas ke kampung.

Waahhhh. Sangat penat hari ni.
Ambik Cik Tenuk, bawak beliau jejalan ke Plaza Damansara yang upanya takla jauh mana dari teduhan saya neh.

Kendian ke hantar beliau ke rumah pakcik saya sementara saya balik kampung.

Minggu depan akan memulakan lembar baru dalam sejarah penghidupan.

Buat masa sekarang, hanya mengharap mampu bertahan dengan apa saja.

Oh ya, entry ini sebenarnya nak perkenalkan Cik Tenuk kepada umum. Cik Tenuk neh adalah adik beradik Di Ambang Cinta tempohari. Beliau bakal akan memudahkan perjalanan saya neh, cuma besar la harapan saya agar beliau boleh bertahan dengan perangai saya yang tak bape suka nak pedulikan kebajikan spesies deme tuh. Keke, nasib la badan.

Saya sebenarnya dah snap gambar Cik Tenuk posing maut, malangnya saya kemalasan nak connectkan Cik Samsy kat lappy, justeru nextaim saja la.


P/S : Nebes menunggu minggu depan.
Satu situasi di mana begitu lama mengobserve someone neh, gigih update setiap moment dengan member yang mana bersemangat juga mendengar setiap luahan yang kadang terkeluar dari norma realiti.

Sebuah rentetan kisah yang mana berakhir dengan sesorang tuh kelihatannya lebih tertarik ngan member tuh.

Sebuah ending yang bukanlah epik mana, malah boleh dikatakan sebagai cliche dalam pasang surut sebuah kehidupan.

Soalnya, cemanakah mau hadapi teman nan sorang neh serta someone tuh yang bukan sikit mengisi plot hari-hari kelmarin.

Frankly, tak penah terpikir akan hadapi perkara neh. Selalunya hanya sekadar penonton kisah cenggini sama ada dari drama maupun movie, atau sekadar bahan bacaaan. Cuma, bila bebetul berlaku, rupanya tak la sekalut mana.

Someone yang menarik perhatian tuh tetentu la tak bersalah, bukan beliau buat tarian tiang sengaja undang perhatian pun.

Si teman yang acapkali pinjamkan telinga mendengar segala ocehan, luangkan masa memberi pelbagai komen tatkala bercerita, dan rupanya sesorang tuh lebih selesa dengannya, pun jauh dari bersalah. Beliau lebih dsenangi kerana perawakan yang lebih sempoi, bukan beliau buat iklan berbayar sengaja tarik minat pun.

Dan yang tertarik pada sesorang tuh lalu titipkan sesorang tuh selaku salah satu watak major dalam sususan hari-harinya pun tak salah sama sekali. Beliau sekadar sorang yang tertarik dengan sorang yang lain. Umpama magnet yang tertarik dengan besi.

Tiada siapa yang bersalah memandangkan itu la kisah kehidupan.

Kalau dah buat yang terbaik termampu, toksah la kisah mana ngan pape saja keputusannya. Selaku makhluk, merancang dan berangan tuh kebiasaan, justeru, menerima apa adanya natijah dari sesuatu dari Pencipta, kena la biasa-biasa kan jugak.


P/S : Makin bertambah usia, makin jauh berjalan, makin banyak pulak selirat-selirat cenggini. Haipp.

Jumaat, 22 April 2011

Suka + Pahit = Life

2 days to go.

Dalam orang lain riang gembira aku jugak menerima berita paling mendukacitakan dalam sejarah sorang pekerja. Tapi pahit mana pun kenyataan, kena la telan ngan berhemah. Seyes aku sangat tak suka gurau senda P&C camtuh. Tapi apa boleh kata, itu hak company. Selaku pekerja paling comel, aku menerima adanya dengan hati nan berat bak kren sekalipon.

Hoh,nak cter sal best, tamo cakap pasal memenda sedey neh.

Tiga pat hari lepas MNR wat comeback. Yelah, ari tuh kemain sombong ngan aku. Gi tempat beliau pon saje je wat tatau, pastuh cam sebok nan amat je kejap jalan sana kejap jalan sini walopon hakikatnya beliau memang sebok.

Lepas beberapa lama beliau tak masuk pagi tah tetibe ari tuh masuk pagi balik. Dan bila masuk pagi antara benda yang beliau akan buat ialah tayang muka eksen ngan aku.

The whole day was perfect, tapi kalau ditolak ngan sape yang duk sebelah aku masa tuh. Budak tak bape nak comel yang duk sebelah aku tuh memang la, sangat annoying. Memang aku tak suka dia, kendian saja plak buat mesra bertegur sape ngan MNR.

Huh, seb baik MNR tak layan. Keke.

Baru je planning nak bagitau bahawasanya neh minggu last aku, trus failed ngan kehadiran budak kurang comel tuh.

Lagi dua hari, mesti tak sempat nak mengacau MNR lagik. Huh.


P/S : Esok Sabtu. MNR keje. Ooooo yeah~! Nerdy pon keje jugak. Keke

Jumaat, 15 April 2011

Merajuk~

Tetibe saja dapat tau beliau yang selama neh asik EL ngan MC rupanya pegi interview. Punya la aku ngan dak-dak lain risau kenapa dia asik EL dan tak datang, dan di setiap EL plak written 'family issue'.

Call, tapi tak dapat. Mesej tak berbalas.

Tapi tetibe dapat tahu dari sesorang yang lain bahawasanya beliau gi interview, dan hari ni setelah sekian lama beliau tak datang keje, dapat tau lak beliau akan submit resign letter.

Tetibe saja terasa ralat.

Kitorang hang out sesama selama neh. Keje duk sebelah-sebelah, tak penah pisah-pisah. Jalan gi mana pun sentiasa sama-sama. Lepak ke, shopping ke, wayang ke, kitorang memang selalu sesama.

Even pegi open interview pun sama jugak, masih tetap stick sesama cam sesumpah melekat kat pokok.

Bila beliau dalam ketensenan kitorang antara yang pertama tau. Cuma, bila beliau rasa nak wat keputusan camtuh, kitorang antara yang terakhir tahu. Tau plak dari orang lain.

Dan alasannya adalah kerana sebelum neh kitorang cakap dah penat cari keje, dah penat pegi interview, so better habiskan kontrak yang tak bape bulan dah. Beralasankan seayat tuh, beliau pertahankan tindakan yang tak bagitau barang sepatah pun apa jadik pada beliau tuh.

Seyes, aku tak kesah beliau nak keje lain, tapi aku kesah bila dia treat kitorang yang kononnya kawan neh, macam neh.

Dan bila aku kesah, aku akan amik hati. Bila dah amik ati, aku akan mengambik masa yang lama untuk lupakan. Iyer, saya memang sentap neh.

Atas alasan saya sentap, maka hal saya akan meninggalkan posisi saya di situh tak saya bagitau lagik. Bila nak bagitau, saya masih berpikir. Bergantung pada cara beliau sehari dua neh, keke.


P/S : Saya tak suka sorang tuh, yang mana bila dia berada di sebelah saya selama 8 jam, saya sangat la rimasssss.

Khamis, 14 April 2011

MNR : Black + Purple

Wah. Setelah sekian lama exprementasi MNR saya terjeda akhirnya jumpa jugak ngan beliau arinih.

Huh, mementang la arini saya keje sampai 1900 kan, baru la nak terjumpa beliau tuh. Dahla orang petang, pastuh suka datang lelambat, penat je merayau-rayau dalam floor tuh nak tunggu tengok muka beliau. Belum campur lagik ngan beliau tuh kadang-kadang nak wat tak kenal saya la apa la.

Motip meroyan tak hengat?

Huh. Sebab saya hanya akan mampu menatap MNR tuh dalam beberapa hari saja lagi. Pagi tadi saya baru saja melayangkan resign letter pada Papa Bear saya. Dan dalam seminggu lebih saja lagi saya akan meninggalkan company tersebut.

Sayang memamg sayang, apatah lagi dengan comfort zone yang dah saya capai tuh. Belum kira lagi dengan Nerdy, Icy, Mentholyn, dan bebudak lain.

Takkan ada lagi scene-scene Nerdy dan JEPnya, Mentholyn dan Mr Tatt, Icy ngan Mr Comel Ubi Rebusnya, Mr Tee yang masih hutang gula-gula asam boi ngan saya, Mr Swingy Mood yang suka kacau Nerdy, Mr Doraemon yang suka menjeling, Ms LJ yang sweet, Papa Bear yang super comel. Dan paling pasti memang takkan ada lagi MNR yang painless tuh.

Saya suka dorang sume. Sayang seadanya. Tapi, saya pun teringin duit yang ramai acam anak-anak berudu yang banyak, justeru saya terpaksa memilih satu antara dua.

Cuma, semoga yang bakal ditempuh, dapat didepani ngan sangat kukuh. Jangan la tergiveup tetibe.


P/S : Happy New Year to all Indians, you guys seriously sweet in yr traditional clothes.

Sabtu, 9 April 2011

Twin Towers @ Live 2011

8 April 2011. Konsert percuma di KLCC.


Gigih seret Nerdy & adiknya, Icy & Mentholyn ke sana. Semata-mata untuk Wonder Girls. Meski pon aku tade la minat mana, tapi dah alang-alang dorang tuh datang, free plak tuh, jalan saje la.

Konsert bermula 1800, menjelang 2000 baru kitorang sampai. Tapi mengisi tembolok terlebih dulu memandangkan kelaparan. Lebih kurang 2115 baru beramai-ramai ke depan tasik, bersila di port paling depan mengadap skrin besar.

Sampai balik tak jumpa belah mana la stage. Keke.

Sempat tengok Yuna dengan lagu terakhirnya, kendian first time dengar lagu The Azenders, dan kali pertama jugak enjoy dengar lagu Bunkface yang mana hakikatnya aku tak suka group tuh. Tapi bila dengar live, best jugak.

Dan bila Wonder Girls kua, mata memang sah-sah fixed. Walopon cam nak gelak jugak dengar dorang berkomunikasi, tapi taper, ada usaha kat situh. Lelebih kelaka masa mc dia cam kekelam kelabu lost blur bagai bila fans sebut lagu-lagu Wonder Girls. Agak tak wat homework la sebelum jadik mc, keke.

Habis turn Wonder Girls trus bangun berduyun balik. Senyum sepanjang jalan. Keke~



P/S : MNR sengal balik. Sukati dia je.

Selasa, 5 April 2011

Saya Yang Kepenatan

Penat.

Orang lain yang nak kawen aku yang trasa penat bagai tak cukup udara nak bernafas. Tambah dengan semacam satu tekanan di pundak untuk jalani hidup yng lebih baik.

Lebih baik dalam erti kata aku adalah, kerja keras yang sepadan ngan bayaran. Dan masa rehat yang lebih baik.

Aku happy je ngan keje sekarang. Dan ada environment yang selesa. Cuma, andai masa depan tak secerah mana, selaku sesorang senormal aku, tentu la ada harapan nakkan somtin yang lebih menjamin.

Compare dengan dorang seusia aku, aku blom ada lesen kete. Tade kete, dan blom ada sebarang perancangan untuk berkereta.

Di Ambang Cinta?

Hoh. Bagi la beliau menikmati aman damai angin kampung, tamo la bawak beliau lagik meh KL, harus beliau tercedera lagik.


P/S : Huff. Bila terdesak dan diperlekehkan, teringin je bersila bawah pokok celagi dan bersandar lalu pejamkan mata.

Isnin, 4 April 2011

Better Day

Seriously, hoping for a better tomorrow.

Bukan nyesal atau ralat ngan apa yang ada, tapi kekadang ada rasa penat bila walau di mana level aku, tetap akan dapat respon yang sama hanya kerana I dont speak the language u speak.

Walau dari basic aku bermula, dan menapak pepelan langkah selangkah, tetap jugak di takuk lama. Masih sorang yang boleh diperkotak katik sesuka hanya kerana you can understand mine but I cant get yours.

Tak la well prepared mana, tapi masih mengharapkan hari esok yang lebih baik. Keterlaluan ke andai mengimpikan plot yang lebih tersusun dan mengangankan jalinan yang kukuh tanpa melampau-lampau memilih warna sama ada direct atau indirect?


P/S : Saya yang sawo matang.