Selasa, 26 April 2011

Satu situasi di mana begitu lama mengobserve someone neh, gigih update setiap moment dengan member yang mana bersemangat juga mendengar setiap luahan yang kadang terkeluar dari norma realiti.

Sebuah rentetan kisah yang mana berakhir dengan sesorang tuh kelihatannya lebih tertarik ngan member tuh.

Sebuah ending yang bukanlah epik mana, malah boleh dikatakan sebagai cliche dalam pasang surut sebuah kehidupan.

Soalnya, cemanakah mau hadapi teman nan sorang neh serta someone tuh yang bukan sikit mengisi plot hari-hari kelmarin.

Frankly, tak penah terpikir akan hadapi perkara neh. Selalunya hanya sekadar penonton kisah cenggini sama ada dari drama maupun movie, atau sekadar bahan bacaaan. Cuma, bila bebetul berlaku, rupanya tak la sekalut mana.

Someone yang menarik perhatian tuh tetentu la tak bersalah, bukan beliau buat tarian tiang sengaja undang perhatian pun.

Si teman yang acapkali pinjamkan telinga mendengar segala ocehan, luangkan masa memberi pelbagai komen tatkala bercerita, dan rupanya sesorang tuh lebih selesa dengannya, pun jauh dari bersalah. Beliau lebih dsenangi kerana perawakan yang lebih sempoi, bukan beliau buat iklan berbayar sengaja tarik minat pun.

Dan yang tertarik pada sesorang tuh lalu titipkan sesorang tuh selaku salah satu watak major dalam sususan hari-harinya pun tak salah sama sekali. Beliau sekadar sorang yang tertarik dengan sorang yang lain. Umpama magnet yang tertarik dengan besi.

Tiada siapa yang bersalah memandangkan itu la kisah kehidupan.

Kalau dah buat yang terbaik termampu, toksah la kisah mana ngan pape saja keputusannya. Selaku makhluk, merancang dan berangan tuh kebiasaan, justeru, menerima apa adanya natijah dari sesuatu dari Pencipta, kena la biasa-biasa kan jugak.


P/S : Makin bertambah usia, makin jauh berjalan, makin banyak pulak selirat-selirat cenggini. Haipp.

Tiada ulasan: