Ahad, 29 Januari 2012

Happily Engaged!

Tahniah pada salah sorang member zaman universiti, yang akhirnya mengikat tali pertunangan.

ehsan Google

Kisah yang penuh liku akhirnya bakal ditamatkan dengan ikatan penuh keberkatan andai jodoh panjang, insyaAllah.

Kisah cinta dorang? Ufff.... tragis. Kalo samakan dengan lukisan kat kertas graf di mana garis lurus adalah normal, bukit bukau adalah problem yang mendatang, besar mungkin bukit dan gunung lebih banyak dari garis lurus.

Kedua-duanya kawan aku, dan nih pasangan yang tak melampau rasanya kalo aku katakan - ramai yang mengharapkan dorang neh ke jinjang pelamin. Dan, impian ramai orang akan berakhir ngan kenyataan kiranya.

Kerana hubungan separa rasminya neh tidak dihebahkan, maka tak boleh la aku nak tompang menyebok bercerita lelebih, cuma couple neh penah dikisahkan kat sini sebelum neh.

Kata member aku neh, insyaAllah tarikh nikah dorang takkan clash ngan tarikh nikah pasangan SS-AA.

Tapi still, aku blom bleh comfirm dapat cuti atau tak masa tuh. Kalo dapat insyaAllah sampai la sesama memeriahkan majlis, kalo tak maka dari kejauhan la aku ucapkan taniah..

Dear fren, taniah for ur engagement.

ehsan Google~


P/S: Semalam jumpa cik SS & inche AA-nya.

Selasa, 24 Januari 2012

Weekend & Jay Park

Hari off bila di hujung minggu salunya memang akan dihabiskan ngan member atau hosmet.

Kebetulan hosmet ada interview kat Shah Alam dan selaku bakal pekerja cemerlang beliau mau meninjau terlebih dulu lokasi interview. Berbekalkan peta google dan gps kitorang pon meredah je ke Shah Alam.

Alhamdulillah google tak menghampakan. Dan dalam perjalanan ternampak sesuatu yang menarik.

Jay Park.


Yang terlintas di pikiran adalah beliau ini, yang merupakan ex-2PM yang kini bergerak solo.


Source
Park Jaebeom


Source
Park Jaebeom masa ngan 2PM as the leader.


Acara seterusnya adalah lunch di Sunway Pyramid.

Lupa nama yang ni, bulgogi something. Tapi best. Daging dia lembut abisannn.

Seterusnya desert tutti frutti (lagi!) di Tropicana. Dan balikkkk.

Hujung minggu yang fulla sekali lagi.



P/S: ^^

Jumaat, 20 Januari 2012

Busy-Busy Dayyyyy

To type.
Not to type.

To post.
Not to post.

To say.
Not to say.



*******
*******


Hari yang tanpa mounthful breath bak kata salah sorang colleagues. Heh, dramatic sungguh penggunaan perkataan.

Kata member aku, orang cina kalo nak raya akan setelkan hutang - kalo tak sume pon akan setelkan jugak sebahagian. Mungkin ada betulnya jugak, sebab call seharian hari ni memang rata-rata adalah chinese yang bertanyakan baki hutang. Dan kebanyakan nak buat full settlement.

Esok keje jugak. Harapnya tak sesebok hari nih. Tapi.. berharap jela.


P/S: Macam.... another sp appeared. Ottoke?

Rabu, 18 Januari 2012

Handsome

Handsome atau cantik adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sesorang tuh good looking.
Selalunya fokus pada wajah.

Pandangan kali pertama yang mencetuskan rasa, handsomenya. Atau, cantiknya.

Walaupun cantik dan handsome neh adalah subjektif bergantung pada penilai, tapi tak dinafikan ada segolongan yang memang rata-rata yang memandang akan bersetuju mereka adalah cantik, atau handsome.

Soalnya, apakah golongan neh sedar bahawasanya mereka adalah handsome/cantik?

Baikkk... straight forward jela.

Aku nak tanya, apakah golongan handsome neh tak sedar bahawasanya mereka adalah handsome yang mana bila pandang je boleh menyebabkan mata kalo boleh nak fixed kat situ lama-lama?

Cam dorang neh - contoh je neh, gambar ehsan pakcik Gugel sumeh.


Seperti nama di atas - Kim Hyun Joong
Source: sini


Masih Kim Hyun Joong
Source : sini


Kim Hyun Joong - Lucky Guy MV
Source: klik neh


Song Joong Ki - an actor
Source : allkpop


Very the flower boy Song Joong Ki
Source sini


Sedar tak dorang bahawa dorang neh sangat good looking & mengganggu konsentrasi dari buat keje lain? :P

Somebody answer me pls..


P/S: Just a smile, tapi make my whoooooole day. Aish..

Ahad, 15 Januari 2012

Huh.

Nak pindah.

Motip asik jadik orang yang pemes aka dikenali sebab bebenda tak semenggah?
Salah sendiri.

Pemes sebab kaki bantah cakap orang.
Pemes asik kua exam awal setiap paper.
Pemes sebab isu kolej walo hakikat tak kena mengena.

Dan selepas tiga pat taun hidup normal cam orang lain, finally pemes lagi sekalik sebab penyakit tak kesah.

Nak minum tonic jadik halimunan.

Salah sape?

Cik Tenuk. Seyes, sori sebab salu tak kesah. Janji. Pasni akan stat kesah. Tamo Cik Tenuk pape. Sila jangan sakit atau jadik pape Cik Tenuk.
Seyes. Tamo jadik pape.

Janji. Lenkalik tak berangan lagik.



P/S: Sorok muka dalam baldi.

Sabtu, 14 Januari 2012

Bangla je Keje on Sunday

Nih bukan issue baru. Tapi lately sama ada aku memang terperasan sorang atau memang makin banyak post-post ala-ala ayat di atas bergelimpangan.

Frankly, aku menyampah dengan ayat tuh.

Kalo nak kira, boleh je ignore. Mulut orang, kalo nak bercakap mana nak ada tapis-tapisnya.

But then, aku keje pada hari Ahad.
Adakah aku bangla?
Btw, seyes, apa masalah kalo keje hari Ahad?

Dan, apa makna perkataan 'bangla' di situ? Disamakan dengan 'kuli' atau bebetul orang berasal dari Bangladesh?

Kalo korang keje Mon-Fri, balik awal atau break lama pada setiap Jumaat dan bercuti di hujung minggu. Jadi?

Adakah keji mereka yang bekerja pada hari Ahad?

Go & say this to people at Kelantan, Terengganu & Kedah. Sana hari bekerja adalah AHAD - Khamis.

I just dont get it. Someone come & enlighten me pls.
I dont give a damn dengan macam-macam status di memana laman sosial since to sume so called hak individu.

Somehow kerana aku boleh membaca maka sesekali terasa senak anak mata dengan status tade moral.

What if sume klinik hanya buka pada 0845 - 1745 Mon - Fri dan tetibe ada eksiden on Sunday.
Masa tuh baru akan cakap - nasib baik doktor keje tak kira hari!


P/S: Girly giler entry. Tapi seyesly, aku pissed off.

Khamis, 12 Januari 2012

Happy Belated Beday

Ooooo yeahhhh!

Happy belated besday to my rumet! The oldest rumet~keke

Besday beliau sebenarnya 2 hari lepas tapi tade sape perasan maka arini la celebrate.

Dan walopon nih adalah besday kedua beliau kat ngan kitorang sume tapi taun neh first time celebrate.


Chocolate Mousse apatah...


Kesahnya beliau paling tua sebab besday bulan satu, boleh? Hahahaha~

Pape hal pon, selamat hari tua dan sila bertabah la ngan hosmet serta rumet sume ye~ lalalalala


P/S: Esok keje... pagi giler lak tuh..

Kit Kat & Mug Free~

Kit Kat RM8.88 12 pack dan leh dapat mug percuma comel!
Ada 4 mug berbeza corak.



Ada 4 corak~


Yang aku dapat yang neh.

Depan sume camnih.


Tarra~



P/S: Berehat sebentar bersama Kit Kat~

Selasa, 10 Januari 2012

MyName~

MyName - Message



uploader : kpopsubs2


Antara grup baru yang bawak lagu best. Walopon lirik dia agak sengal sket, tapi tak kira, sweet jugak.

Dan baru je kenal member MyName neh. Asalnya terattract ngan Seyong - yang memula nyanyi & asik senyum tuh - kendian bila tengok acoustic version kat Music Bank minggu lepas tersangkut ngan Gunwoo - muka blur tensen semacam. ^^




uploader : CapsuleHD15


Versi yang sangat seronok diulang dengarrrr... ^^

Source: http://myname-message.tumblr.com/


Gambor dorang berlima... Gambar besar, malas edit. :D


P/S: Sesi berkenalan malam tadi dengan sifu.. ^^

Sabtu, 7 Januari 2012

Yokgaejang~

Hari makan!

Dah bape lama asyik mengidam nak makan yokgaejang - spicy beef soup - koreannya makanan. Neh sume ajaran rumet. Keke~

First time makan arituh kena plak dengan tekak melayu aku, maka mengidam la. Tapi segan nak gi makan sorang-sorang.

Justeru pada hari minggu nan damai neh pegi la ngan rumet kat food court The Garden Mid Valley - yokgaejang~!

Tapi sebelum tu makan dulu eskrem Baskit Robbins. Apatah nama dia neh... sedap! Ada beskut oreo dalam tuh.

BR~ Topping ngan miced almond...

Kendian baru la menuju ke food court untuk main dish. Waaahhhh~


Makan dengan senyapnya. Haha~
Tapi nih bukan gambar arinih, arinih semangat sampai lupa snap dulu... ^^

Walhal untuk makan dengan senyap adalah sesuatu yang sangat rare terjadi.
Punya la khusyuk menikmati makanan.

Lepas makan gi jalan plak kat Food Fair yang kebetulan ada arinih.
Rasa sate ayam Dingdings - katanya taruk dalam oven pat lima menet je. Sedap....~~

Dan sebelum balik, singgah Big Apple, minum coffe. Neh rumet aku yang mengidam. Dan kerana kali pertama, maka TERletak air gula dengan banyaknya dalam Cafe Late neh. Aishhhh.... manisssssshhhh....

Big Apple Cold Cafe Late~



P/S : Minggu makan-makan dengan seronok. Esok makan ayam kat Sunway~ Yipppeee~~

Khamis, 5 Januari 2012

Nombor Peribadi

Kebanyakan biasa dengar atau terbaca mengenai pembahagian karakter sesorang tuh berdasarkan bulan kelahiran - kajian Dr Fadilah Kamsah antara yang femes memperkatakan hal neh.

Tapi, jarang yang maklum tentang nombor peribadi yang teorinya berasaskan tarikh lahir - kajian Prof.Dr. Norhisham Wahab, sorang pakar fizik.

Cara pengiraan nomo peribadi senang je, contohnya dob 1 Januari 1988.
1+1+1+9+8+8 = 28 = 2+8 = 10 = 1+0 = 1
Jadi, nomo peribadi orang ini ialah 1. Kena jumlahkan nomo-nomo tersebut sampai jadik sa.

Artikel neh dari majalah Mastika pertengahan tahun 2002 kalo tak silap.

Rahsia Nombor Peribadi - Dr Norhisham

Bendalah pembahagian perangai manusia ikut teori neh agak menarik untuk dipraktikkan. Yang mana boleh membantu jugak la untuk survive dalam dunia 'rambut kaler lain-lain, hati tak boleh diagak' neh.

Antara member rapat aku Miss LB tempohari, beliau bernombor 1 - secara teorinya. Dan bulan kelahiran adalah Disember. Menggabungkan ciri-ciri teori yang ada, agak tepat la karakter yang beliau bawak.

..'orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.'..


Ya. Kukuh, tapi keyakinan yang masih boleh digugat. Cuma, selalunya once LB dah buat keputusan, keputusan tuh takkan berubah walaupun ada macam-macam gangguan.

Yang seronoknya, menggabungkan teori neh, korang boleh buat prediction apakah sorang yang baru dikenali tuh boleh dijadikan kawan atau sekadar kawan professional.
Takde la tepat mana memandangkan sume neh hanyala agakan, anggaran dan andaian, tapi dari tatau pape sedikit teori boleh membantu.

Cuma, toksah la terlalu bergantung, kenali sesorang tuh secara natural lebih seronok sebenarnya. ^^


P/S: Tetibe merapu pasal nomo. Mix & Match.

Selasa, 3 Januari 2012

Awkward

Hanya colleagues, tapi ended up dengan sama-sama kekok antara satu sama lain.

Alkisahnya cuma salah paham dan ego.

Kalo berdasarkan sifir dan kiraan logik ikut kamus aku, aku memang failed untuk rapat dengan orang yang lahir pada bulan yang sama dengan aku. Kalaupun rapat, hanya sebelah pihak akan terasa selesa, lagi satu hanya akan rasa terpaksa.

Dan keakraban yang terlihat erat tuh akan berakhir dengan renggang. Kalo berdasarkan sejarah, ia takkan putus. Hanya akan renggang teroleng-oleng bak telur di hujung tanduk.

Satu masa lepas sumenya dah pulih, ataupun, isu yang kononnya timbul, mula dilupakan, kitorang akan boleh baik semula.

Berapa lama masa tuh, hanya masa yang menentukan.

Satu masa dulu zaman kekecik aku penah anggap neh semacam satu sumpahan, yang mana penah buat aku sangat takut berkawan. Kalo nak pikir singkat memang ala-ala sumpahan Sang Kelembai la. Rapat, renggang, dan ended up dengan bermusuh, atau saling buat tak kenal. Tanpa ada sebab kukuh.

Cuma bila dah makin kenal macam-macam telatah dan ulah, meskipun sejarah terus berulang, berdepan je la. Larikan diri dari keadaan bukan satu-satunya cara.

Lagipun, frenship - sapa kata mampu bertahan sampai bila-bila?

Macam kutub. Berhampar ais. Tapi hanya satu lubang kecik di lapisan ozon mampu cairkan ais nan tebal sejak bertahun-tahun, sikit demi sikit.

So, frenship, relationship, atau apa saja. Hargai masa ia masih ada, cuma tang letakkan harapan, cukup la berpada-pada.



P/S: Tragic.

Ahad, 1 Januari 2012

Fiksyen 302 : Jangan Percaya!

Finally dapat jugak dapatkan karya terbaru RAM, Fiksyen 302.

Kisah 4 orang yang berlainan latar belakang sebagai pembunuh psiko yang membunuh menggunakan cara yang sama. Angka 302 diukir di dahi mangsa, berbogel dan hubungi pihak berkuasa selepas lakukan pembunuhan.

Sebijik perlakuan orang kurang siuman.

302 ringkasan kepada akta 302 yang membawa hukuman mati mandatori.

Kesemua pembunuh mengaku melakukan pembunuhan, mengaku bersalah namun hukuman tak boleh dilaksanakan kerana keempat mereka tidak waras semasa melakukan jenayah.
Alasannya, kesemua mereka dianggap menghidap schizofrenia - sejenis penyakit psiko yang menyebabkan pesakit sentiasa mendengar suara-suara menyuruh mereka melakukan sesuatu.

Keempat-empat mereka juga sebenarnya mangsa kepada mastermind sebenar.

Secara logiknya, kesemua pembunuh tidak berkaitan antara satu sama lain, walopon mangsa-mangsa mereka berkaitan dengan satu kes pembunuhan tiga tahun sebelum tuh. Justeru motif pembunuhan sebenar sangat kabur.

Satu-satunya yang menghubungkan kesemua pembunuh adalah mereka pernah menghuni di sebuah hospital sakit jiwa, telah disahkan sihat dan pulih sepenuhnya sebelum dibenarkan keluar.

Bermula dari kematian yang berpuncakan cemburu buta, berakhir penuh tragedi dek dendam.


P/S: Sunan Terakhir. Tolong jadi yang bebetul last. Boleh?