Ahad, 1 Januari 2012

Fiksyen 302 : Jangan Percaya!

Finally dapat jugak dapatkan karya terbaru RAM, Fiksyen 302.

Kisah 4 orang yang berlainan latar belakang sebagai pembunuh psiko yang membunuh menggunakan cara yang sama. Angka 302 diukir di dahi mangsa, berbogel dan hubungi pihak berkuasa selepas lakukan pembunuhan.

Sebijik perlakuan orang kurang siuman.

302 ringkasan kepada akta 302 yang membawa hukuman mati mandatori.

Kesemua pembunuh mengaku melakukan pembunuhan, mengaku bersalah namun hukuman tak boleh dilaksanakan kerana keempat mereka tidak waras semasa melakukan jenayah.
Alasannya, kesemua mereka dianggap menghidap schizofrenia - sejenis penyakit psiko yang menyebabkan pesakit sentiasa mendengar suara-suara menyuruh mereka melakukan sesuatu.

Keempat-empat mereka juga sebenarnya mangsa kepada mastermind sebenar.

Secara logiknya, kesemua pembunuh tidak berkaitan antara satu sama lain, walopon mangsa-mangsa mereka berkaitan dengan satu kes pembunuhan tiga tahun sebelum tuh. Justeru motif pembunuhan sebenar sangat kabur.

Satu-satunya yang menghubungkan kesemua pembunuh adalah mereka pernah menghuni di sebuah hospital sakit jiwa, telah disahkan sihat dan pulih sepenuhnya sebelum dibenarkan keluar.

Bermula dari kematian yang berpuncakan cemburu buta, berakhir penuh tragedi dek dendam.


P/S: Sunan Terakhir. Tolong jadi yang bebetul last. Boleh?

Tiada ulasan: